Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Pulau Batu Puteh:...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman individu terhadap kerajaan berhubung...

Rafizi Bakal Kecewakan Penyokong...

Penyokong PH kelihatan amat bersemangat dan teruja selepas bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi...

“Tak Dibenarkan Di Dataran...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tetap...

Ku Li Umum Tak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyertai perbahasan...

Haram Guna Kadbod Wajah, Tubuh Wanita – Mufti Perak

MUFTI Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menjelaskan penggunaan iklan kadbod, patung plastik atau seumpamanya yang memaparkan wajah serta tubuh wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Harussani membuat kenyataan itu selepas kecoh di laman sosial mengenai ‘pencabulan’ terhadap kadbod gadis Shell yang heboh baru-baru ini.

Menurut beliau, semua pihak seharusnya sedar kesan negatif yang timbul seandainya iklan sebegitu tular dalam masyarakat negara ini.

Haram Guna Kadbod Wajah, Tubuh Wanita - Mufti Perak
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

“Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh.

“Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu,” katanya, lapor Astro Awani.

Namun begitu, Harussani turut menambah, penggunaan patung terutama kepada kanak-kanak dibolehkan dan konsepnya berbeza berbanding muka wanita dalam iklan berbentuk sedemikian.

“Untuk kanak-kanak patung sebagai permainan boleh menenangkan mereka daripada menangis dan mengganggu ibu bapa yang sedang bekerja, jadi ia dibolehkan.


“Ia termasuk poster atau papan iklan di lebuh raya misalnya yang memberi mesej keselamatan pemandu kenderaan, itu juga boleh,” katanya lagi.

Pihak Shell sudah pun menarik balik iklan poster kadbod memaparkan wajah Nor Shafila Khairusalleh selepas aksi kurang sopan beberapa lelaki dengan kadbod tersebut menjadi tular baru-baru ini.

Antara aksi ‘jijik’ itu adalah seperti meraba bahagian alat sulit dan mencium kadbod wanita tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori