Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TN50: Kerajaan Sasar Lahirkan...

MELAKA - Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050...

Goreng Pisang Guna Plastik...

Akibat persaingan sengit dalam perniagaan, ada segelintir peniaga sanggup melakukan apa sahaja untuk...

Rumah Pekerja Hangus Terbakar...

MIRI - Empat penghuni rumah pekerja milik sebuah syarikat pengangkutan berjaya menyelamatkan diri...

14 Pemandu Bas Dikesan...

KUANTAN - Seramai 14 pemandu bas dikesan positif dadah hasil pemeriksaan dalam Ops...

Jemaah Malaysia Diminta Jaga Disiplin Di Tanah Suci

MADINAH – Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering menarik perhatian pelbagai pihak, dan tahun ini sebanyak 30,200 orang bakal haji bagi musim 1438 Hijrah, diminta terus mengekalkannya demi menjaga nama baik negara.

Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin berkata jemaah haji Malaysia sangat terkenal dalam menjaga disiplin dan mematuhi arahan yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Dalam kemeriahan dan kesibukan menunaikan ibadah haji, saya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga disiplin.

“…patuh kepada peraturan dan arahan kerajaan Arab Saudi, dengar nasihat dari semasa ke semasa oleh petugas Tabung Haji,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia di bangunan penginapan jemaah haji di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick, pada Isnin.

Kumpulan jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia, Isnin.

Zainol Rahim berkata jemaah haji juga perlu mengutamakan kesihatan, termasuk minum air yang banyak berikutan keadaan cuaca panas di Madinah dan Makkah, ketika ini.


“Musim haji pada tahun ini sama seperti pada tahun sebelumnya…panas, jika tidak sihat terus jumpa doktor dalam kalangan petugas Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia juga perlu menitiikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan ibadah berikutan pertambahan jemaah pada musim haji kali ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, khususnya Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang banyak memberikan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia bagi menunaikan Rukun Islam Kelima itu. – BERNAMA

Kategori