Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kritik Cincin Tunang Sebelum...

BUKAN mudah untuk memilih cincin pertunangan buat pasangan anda. Ia merupakan barangan kemas yang...

Polis Bongkar Makmal Proses...

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk...

31 Warga Tempatan Didakwa...

MUAR – Tiga puluh satu ​​​​​​​warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Dewan Rakyat Lulus RMK-12...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-12...

J/kuasa Khas Tapak Lupus Sanitari Diwujudkan

KLUANG – Sebuah jawatankuasa khas berhubung tapak pelupusan sanitari akan diwujudkan dalam usaha kerajaan untuk mengenal pasti punca dan mencari jalan menyelesaikan isu berkaitan pencemaran terutama kepada sumber air.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri berkata usaha ini juga bagi menangani kekerapan kes pencemaran air yang melanda negara kebelakangan ini yang ada antaranya disebabkan tapak pelupusan sanitari.

“Satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam telah dihadiri oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi berkaitan.

Dalam mesyuarat itu, mereka bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas (berkaitan tapak pelupusan sanitari) yang akan bersidang segera untuk mencari jalan menyelesaikan masalah yang menjurus kepada pencemaran terutama pencemaran air,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah, Ladang CEP, Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan persetujuan semua pihak terutama kerajaan negeri tentang pengurusan sumber air yang melibatkan empangan, tasik serta termasuk air yang dilepaskan ke sungai.

Ini adalah selaras dengan usaha kementerian sebelum membentangkan Rang Undang-undang baharu berkenaan sumber air negara sebelum boleh dibentangkan di Parlimen, yang dijangka dibentangkan ke Kabinet selewat-lewatnya September ini.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah sediakan, ada kaedah tertentu bagaimana air dalam parit diproses sebelum disalirkan ke sungai. Kerajaan telah buat peraturan lengkap, cuma isunya sekarang pelaksanaan seperti pihak berkuasa tempatan, SWM dan lain-lain, perlu melihat perkara ini secara serius dan perlunya pengurusan air secara holistik,” tambah Hamim.

Mengenai lawatannya, beliau berkata tapak pelupusan sampah yang dilawati itu, didapati mengalami lebihan kapasiti sehingga menyebabkan berlaku pencemaran ammonia di Sungai Benut.

“Reka bentuk (tapak pelupusan sampah) yang tidak sempurna, saiz yang di bawah keupayaan dari segi keupayaan untuk memproses keseluruhan air larut resap (leachate) yang keluar dari sampah sarap untuk diproses dan dirawat sebelum dikeluarkan di ulu Sungai Benut. Itu sebenarnya penyumbang besar kepada pencemaran tersebut,” sambil menambah pengurusan yang tidak efisien juga antara penyumbang kepada permasalahan berkenaan.


Setiap hari, kira-kira 200 lori sampah seberat tiga tan setiap satu membawa sampah sarap dari kawasan termasuk Batu Pahat, Simpang Renggam dan Kluang, sehingga melebihi keupayaan yang dapat ditampung oleh tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurut JAS, pihak pengurusan yang menguruskan tapak pelupusan sejak 2015 itu telah dikenakan kompaun sebanyak 15 kali disebabkan efluen yang dilepaskan daripada aliran air leachate tidak memenuhi standard pelepasan yang dibenarkan.

Bagi mengatasi lebihan kapasiti di tapak pelupusan sampah berkenaan, Hamim berkata sebahagian aliran sampah akan dialihkan ke tapak pelupusan sampah berdekatan selain pemantauan berkala di Sungai Benut akan diteruskan.

Katanya, pihaknya juga mencadangkan agar tapak pelupusan sampah berkenaan dipertimbangkan untuk dinaik taraf supaya dapat menampung keupayaan kawasan-kawasan sekitar.

Pada 30 Jun lepas, kira-kira 6,000 pengguna terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam dekat sini yang dihentikan operasinya akibat bacaan ammonia yang tinggi dari sumber air di Sungai Benut.

Bagaimanapun, operasi di LRA itu sudah beroperasi semula sejak awal malam Ahad lalu. – BERNAMA

Kategori