Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mo Salah Contoh Muslim...

PRESTASI mengagumkan yang ditunjukkan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah pada musim ini nyata...

Kartel Daging: Pengurus Syarikat...

KULAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menahan seorang pengurus sebuah syarikat membekal...

TVET Cara Berkesan Tingkatkan...

KUCHING - Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan menjadi cara paling berkesan...

Siasatan Pihak Luar Menyalahi...

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dijalankan pihak luar termasuk ejen Korea Utara berhubung...

JPNT Rekod 12 Kes Buli Tempoh 6 Bulan Pertama

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Shafruddin Ali Hussain berkata daripada jumlah itu, 10 kes telah diselesaikan secara dalaman hasil rundingan antara keluarga pelajar yang terlibat.

“Hanya dua kes dibawa untuk tindakan polis dan mahkamah kerana ibu bapa mangsa mahu mendapatkan keadilan untuk anak mereka.

“Pada dasarnya kes buli di Terengganu semakin berkurangan dan ini adalah hasil tindakan proaktif jabatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta ibu bapa dan masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPNT di sini, hari ini.

Antara langkah JPNT dalam mengurangkan kes buli ialah memperkenalkan peti aduan asrama di kesemua 105 asrama sekolah di negeri itu sejak 1 Jan lalu untuk kegunaan pelajar yang menjadi mangsa atau sebarang unsur buli.


Shafruddin berkata pelajar terlibat boleh menghantar surat di peti aduan tersebut, yang akan diperiksa oleh polis secara berkala.

“Saya selalu mengingatkan pengetua dan guru besar agar tidak menyembunyikan perbuatan buli ini atas apa alasan sekali pun. Malah, apa sahaja aduan ibu bapa mengenai kes buli terhadap anak mereka harus sentiasa diberi perhatian walaupun aduan secara tidak rasmi melalui aplikasi Whatsapp atau Facebook,” katanya.

Setiap aduan itu akan disiasat secara terperinci oleh Jawatankuasa Siasatan Aduan yang ditubuhkan JPNT agar pembuli dapat dikenakan hukuman setimpal, katanya. – BERNAMA

Kategori