Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Gantung Sampai Mati Belum...

SEREMBAN – Sehingga kini terdapat 3,276 banduan masih menunggu hukuman gantung sampai mati,...

Fenomena Kerang Terdampar Di...

KUALA NERUS - Fenomena ribuan kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua,...

Datuk Kesavadas Dipilih Sebagai...

SEREMBAN – Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Datuk A. Kesavadas Nair, 59, hari...

Herokah Syed Saddiq?

Kata-kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memang tak pernah tak...

Jun Hao Muncul Juara Remaja Asia

KUALA LUMPUR – Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Remaja Asia, di Jakarta hari ini.

Remaja berusia 18 tahun itu bertungkus lumus dalam pertarungan selama satu jam 14 minit untuk menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17, di Jaya Raya Sports Hall Traning Center, menurut halaman keputusan rasmi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) , bwf.tournamentsoftware.com.

Beliau menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Jun Hao yang merupakan pilihan keenam kejohanan mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 dalam perlawanan separuh akhir, semalam. – BERNAMA

Kategori