Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Biar Majikan Rogol, Liwat...

SEORANG wanita membiarkan majikannya merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berulang kali,...

Bersatu Tidak Tahu Armada...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Parti Pribumi Bersatu...

Kabinet Patut Arah Lembaga...

Seorang ahli Parlimen PKR menggesa supaya kabinet campur tangan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Pantau Ketat Situasi Banjir...

ALOR GAJAH - Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan agensi berkaitan...

‘Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight’ – Lofa

AKHIRNYA Neelofa bersuara untuk berkongsi cerita sebenar mengenai kontroversi pesawat yang dinaikinya secara kebetulan sama dengan Fattah dan Fazura.

Bekenaan isu tersebut, Neelofa, 28, tidak menyangka akan menaiki pesawat yang sama dengan dua artis berkenaan.

Walau bagaimanapun, itu bukan satu masalah baginya. Malahan, dia sedikit pun tidak mengambil kisah hal terbabit.

Selebriti kelahiran Kelantan ini menerangkan bahawa dia telah merancang percutian tersebut lebih awal iaitu pada 14 Jun lalu.

Sepatutnya dia akan ke Makkah untuk menunaikan umrah akan tetapi atas sebab yang tertentu, terpaksa menukar plan kepada cuti yang dimaksudkan.

” Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa,” ujar Neelofa memetik Mstar Online.

“Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu daftar masuk (check-in) pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang dan sekali lagi di boarding area, itu saja.

“Jadi bila ada dakwaan kononnya kata saya melarikan diri, itu yang saya pelik. Bila pula saya lari. Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja,” tambahnya lagi.


Kontroversi ini mula timbul dan menjadi hangat, apabila Fattah menyatakan dia menukar penerbangan tersebut atas alasan elak bertembung Neelofa.

BACA : Elak Bertembung Lofa, Fattah Sanggup Tukar Flight?

Neelofa agak kecewa dengan isu ini sehingga begitu banyak spekualsi yang dilemparkan terhadapnya ketika mahu menenangkan fikiran.

Walaubagaimanapun, Neelofa tetap positif dan mengangap ini semua ujian buat dirinya dalam menjadi ke arah lebih baik.

“Mungkin ini satu daripada ujian Allah untuk saya dalam  bentuk menjaga hubungan sillaturahim, Wallahualam,” katanya.

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa mula mencipta nama di tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10.

Baru baru ini, Neelofa berjaya mengatasi Nora Danish dengan menjadi selebriti Malaysia paling ramai pengikut di laman Instagram iaitu sebanyak 4.9 juta. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Kategori