Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Terlanggar Anak Lembu, Wanita...

GUA MUSANG - Seorang wanita yang terlanggar anak lembu berkeliaran di jalan Gua...

Jangan Salah Tafsir Maksud...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan semua pihak...

Inilah Yang Liverpool Mahu...

JURGEN Klopp mengakui kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield pada Rabu adalah amat penting...

Koleksi Raya Fizi Woo...

PEREKA fesyen yang semakin meningkat naik, Fizi Woo dilihat antara pereka terawal melancarkan...

Kanak-Kanak Dipercayai Didera Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai didera ibu bapa angkatnya, dekat sini, semalam, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, tengahari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahid Musa berkata Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan), menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.45 tengah hari ini.

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak HSNI pada petang Ahad lepas telah bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum ini.

Abdul Wahid dalam satu kenyataan di sini berkata bedah siasat akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengetahui punca kematiani. – BERNAMA

Kategori