Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Honda Malaysia Sasar Jual...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd berhasrat untuk menjual 100 unit Civic...

MCPF Cadang Program Pementoran...

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya program pementoran diterajui komuniti diperkenalkan di negara...

Mahathir Sedia Keluar PH...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk...

PAS Nafi Wujud Perjanjian...

PAS mengambil pendekatan berbeza dengan Bersatu bahawa tiada keperluan untuk mengadakan jawatan timbalan...

Kanak-Kanak Maut: Polis Tak Tolak Ada Unsur Dera

SEGAMAT – Polis tidak menolak kemungkinan adanya unsur penderaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di Jalan Ros di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata berdasarkan maklumat awal, terdapat lebih 15 kesan lebam di tubuh kanak-kanak berkenaan termasuk di bahagian dada, kepala dan belakang badan serta kaki.

“Namun, siasatan terperinci berhubung perkara itu masih dijalankan walaupun terdapat kesan lebam lama dipercayai dipukul.

“Melalui pengakuan lisan, abang mangsa yang berstatus lembam mengaku ada memukul adiknya itu namun tidak dapat dipastikan sejak bila,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini hari ini.

Beliau berkata ibu mangsa yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan mencuri turut disahkan sebagai penghidap HIV.

Raub berkata mayat kanak-kanak malang itu kini berada di Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.


Semalam, mangsa ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai di sini kira-kira 1 pagi, semalam.

Wanita berstatus ibu tunggal berusia 42 tahun itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya berumur 23 tahun supaya mengawasi kanak-kanak itu sebelum keluar menjalankan urusan di bandar Segamat.

Apabila ibu mangsa pulang ke rumah, wanita yang tidak bekerja itu melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

Petang tadi, kedua-dua suspek terbabit direman selama tujuh hari sehingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori