Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tun M Bertemu Pegawai...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan mesyuarat pertama dengan pegawai...

Tindakan Kumpulan Pelampau Agama...

NILAI - Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata tindakan kumpulan pelampau agama tidak...

Klinik Berhenti Merokok Di...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Pahang menyasarkan kesemua 84 Klinik Kesihatan di negeri ini...

PKR Mungkin Umum Satu...

TANGKAK: PKR mempertimbang untuk mengumumkan satu persatu calonnya bagi memberi mereka lebih masa...

Kapal TLDM Digerakkan Sertai Ops Padu

KUALA LUMPUR – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi menyertai Ops Padu yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan rompakan di laut di wilayah Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata Ops Padu yang dilancarkan pada Isnin lepas dibuat khusus untuk membanteras cubaan rompakan yang menyasarkan kargo petroleum di kawasan itu.

“Dalam Ops Padu, TLDM menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan melaksanakan operasi yang memberi tumpuan di perairan negara.

“Operasi lebih tertumpu di Johor kerana banyak kapal (membawa minyak) bersauh dan masuk ke pelabuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat seramai 32 pegawai dan anggota di KD Sri Gombak di sini, hari ini.

Ops Padu selama dua minggu itu digerakkan secara bersepadu melibatkan APMM, TLDM dan Pasukan Polis Marin.

Sementara itu, Anuwi meminta pegawai dan anggota TLDM untuk menaikkan caruman insurans berkelompok iaitu dari lima unit kepada 15 unit dengan bayaran sebanyak RM4.50 bagi satu unit.

“Untuk satu unit, anggota akan dibayar sebanyak RM15,000 dan maksimum yang boleh diambil oleh seorang anggota ialah 15 unit.


“Bayangkan berapa banyak yang akan diperoleh oleh anggota keluarga sekiranya sesuatu tidak diingini menimpa mereka,” katanya.

Anuwi berkata kesedaran rendah dilihat sebagai faktor kurangnya pegawai dan anggota membuat caruman insurans berkelompok yang tinggi.

“Ambil iktibar dan kalau boleh tambah insurans berkelompok untuk keluarga,” katanya.

– BERNAMA

Kategori