Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu Cecah IPU 500...

BEIJING - Ibu negara China terus diselubungi kabus asap atau jerebu yang tebal...

Simpan Gambar Bogel Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki serta menyimpan gambar...

TMJ Beri Sumbangan Kepada...

Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Remaja Lelaki Ditahan Kes...

BAYAN LEPAS - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis malam tadi,...

Kata Azab Duduk Rumah 8 Bilik, ATL Dicerca Netizen?

SELEPAS isunya teruk dihentam netizen gara-gara haiwan peliharaannya, kali ini jutawan produk kecantikan D’herbs, Datuk Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris (ATL) sekali lagi dikecam kerana dikatakan tidak bersyukur. Ha, apa pula kes beliau kali ini?

Menerusi sebuah postingnya yang menyatakan sudah tidak tahan tinggal di kediaman sementaranya sebelum rumah agam baharunya siap tidak lama lagi, Aliff dihentam kerana disifatkan tidak bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

“Penantian itu satu penyeksaan lagi 35 peratus nak siap, tak sanggup dah duduk rumah sekarang azab sangat rasanya sebab banyak problem air, elektrik semua ada. Bilalah rumah saya ni nak siap,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata netizen tidak menggemari perkataan ‘azab’ yang digunakan beliau, seolah-olah tidak bersyukur walaupun kediaman sementaranya itu boleh dikatakan sudah cukup selesa memandangkan mempunyai lapan buah bilik.

Seorang pengikutnya ‘menempelak’, “Nape nk azab plak dok umah skrang.. takde bumbung ke takde dinding ke.. tido dalam khemah ke. Bersyukur Dato, apa yang ada, ada orang duduk rumah kayu berlubang-lubang dah rasa syukur ada tempat tinggal.”

“Neverland Michael Jackson lagi besar gedang tak pernah show off, peminat tahu pun sebab paparazzi, tapi orang kaya kita… Hari-hari dok post kat FB, terlentok-lentok bagai,” tulis seorang lagi netizen.


Mungkin Aliff sengaja bergurau, memandangkan beliau pun dikenali sebagai seorang yang happy go lucky dan ceria orangnya.

Namun mungkin disebabkan penggunaan ayat yang salah, sekali gus ‘mencetuskan’ amarah sesetengah pengikut laman sosialnya.

Bagi mereka, dengan harta dan aset yang dimiliki Aliff sekarang, beliau seharusnya lebih bersyukur kerana nasibnya lebih baik daripada sesetengah netizen yang serba-serbi kekurangan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori