Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Qatar Airways Sasar Terus...

GEORGE TOWN – Qatar Airways sedang mengkaji kemungkinan untuk menambah Langkawi kepada senarai...

Tempat Sama, Tapi Calon...

BONGKAR... Datuk Lokman Noor Adam membidas kenyataan Facebook Kelab Che Det dalam laman...

Guardini Kembali Semula Gegar...

KULIM – Selepas terlepas saingan tahun lepas, pelumba Itali, Andrea Guardini kembali semula...

MRT2: MOF Mesti Jelaskan...

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mesti menjelaskan apakah nasib 20,000 orang pekerja yang kehilangan pekerjaan...

Kecam Campur Tangan Pihak Luar – Mahdzir

SUNGAI PETANI – Tindakan membawa masuk media asing dan pihak luar untuk campur tangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara ini, perlu dikecam dan ditentang kerana ia perbuatan yang mengkhianati negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menjemput media luar untuk membuat laporan yang memburukkan negara kepada pelabur juga dianggap sebagai perbuatan khianat.

“Kita tidak boleh bertolak ansur, tidak boleh benarkan ini berlaku. Dalam kes pengkhianatan atau menjemput orang luar untuk mengganggu gugat keselamatan negara, ia berlaku dalam banyak hal,” katanya kepada pemberita selepas merasmi serentak Mesyuarat Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Sungai 2017 di sini, hari.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Abdul Rahim Saad dan Timbalannya Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, Ketua Pegerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani Wan Mohalina Wan Mohamad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sungai Petani Mashitoh Mohamad Yusoff.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata tindakan membawa masuk ‘pihak luar’ untuk menyelesaikan masalah juga boleh merugikan negara.

“Jangan hanya disebabkan tidak bersetuju dengan dasar atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu, jemput orang luar campur tangan dan akhirnya negara yang rugi.

“Dalam politik kita perlu bersederhana, lawan sesama kita (parti) sebagai parti memerintah dan parti pembangkang dalam negara demokrasi, tidak perlu dengki sampai jemput orang luar,” katanya.


Dalam pada itu, Mahdzir dalam ucapannya turut menasihati anggota-anggota UMNO supaya tidak mengamalkan perbuatan mencantas sesama sendiri dalam parti demi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.

“Ahli parti juga tidak boleh meninggalkan medan ‘peperangan’ selain tidak melakukan perkara yang boleh merobohkan parti yang dibina sejak sekian lama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir merakamkan ucapan takziah dan bersimpati dengan kematian seorang guru wanita di Taman Putri, Kulai, Johor pada Selasa.

“Kementerian Pendidikan menzahirkan rasa sedih dan bersimpati di atas kematian seorang guru wanita di Kulai, Johor.

“Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban suami dan dua anaknya,” katanya semasa mengulas kematian Siti Rohana Redzuan, 36, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas. – BERNAMA

Kategori