Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Keputusan Rayuan Kes SRC...

Dari Facebook Najib RazakPROSES rayuan kes SRC saya sudah selesai awal minggu ini...

Lapangan Terbang Kulim Siap...

KAJANG - Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian bebolehlaksanaan cadangan...

DUN Terengganu Dijangka Bubar...

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka akan dibubarkan esok bagi memberi...

Taufan Kammuri: Lapangan Terbang...

HANOI - Pihak berkuasa Filipina berkata lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Manila...

Kedai Makan Ada Tikus Diarah Tutup 2 Minggu

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa bandar telah mengarahkan sebuah kedai makan di sini ditutup selama dua minggu selepas video yang menunjukkan tikus berada di rak makanan premis tersebut menjadi tular.

Nama premis yang terletak di Plaza Likas itu tidak dinyatakan, tetapi Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Joannes Solidau berkata mereka telah mengenal pasti premis berkenaan dan mengeluarkan arahan penutupan selama dua minggu pada petang Jumaat.

“Pegawai kami telah memberikan notis penutupan segera dan mereka perlu membersihkan premis mereka,” katanya.

Solidau menambah siasatan lanjut mengenai kebersihan kedai dan amalan kebersihan pengendali juga sedang dijalankan.

Klip video 34 saat, berkemungkinan diambil oleh seorang pelanggan, menunjukkan dua ekor tikus sedang melata di rak kaca yang diletakkan makanan.


Kedengaran bunyi ketawa dalam video tersebut dan suara yang menyatakan bahawa mereka tidak makan di restoran itu lagi. – mStar Online

Kategori