MYANMAR mengekalkan imejnya sebagai Israel di Asia Tenggara serta bersikap angkuh seperti rejim komunis Korea Utara apabila enggan menghormati Resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Setelah enggan membenarkan misi Pemantau Hak Asasi PBB memasuki Rakhine bagi menyiasat laporan pembunuhan etnik Rohingya oleh pasukan keselamatan Myanmar, sentimen anti-keadilan jelas meluas di negara itu dengan laporan pembunuhan penduduk tempatan yang bekerja sebagai anggota misi bantuan antarabangsa semalam.
Kerajaan Myanmar pada Khamis lalu, secara angkuh menyatakan tidak akan memberikan visa pada misi Pemantau PBB yang hadir dengan mandat Resolusi 1441 yang diluluskan Majlis Keselamatan pada Mac lalu.
Delegasi PBB dimandatkan menyiasat kejadian pembunuhan lebih 1,000 etnik Rohingya serta tindakan menghalau lebih 800 ribu penduduk Muslim keluar dari kampung halaman mereka di Rakhine antara Ogos tahun lalu hingga Januari tahun ini.
Malah pada 28 Jun lalu, ketika minoriti Islam menyambut Aidil Fitri, polis dan tentera Myanmar dilaporkan menyerang perkampungan Muslim di utara Maungdaw.
Kejadian serangan itu dilaporkan Portal Rohingya Blogger dan dipetik Reuters, menyebut, lapan penduduk Muslim dibunuh. Malah, portal itu turut menyatakan wujud kejadian pemerkosaan dan 1,000 penduduk dipaksa lari ke hutan sebelum ditangkap tentera dan polis sempadan Myanmar.
Serangan itu turut disertai ratusan extrimis Buddha yang bersenjata tajam.
Hingga kini, nasib 500 penduduk Muslim yang ditahan tentera pada kejadian itu masih tidak diketahui.
Serangan terbaharu terhadap petugas misi kemanusiaan antarabangsa satu gambaran, Myanmar sengaja mewujudkan ketakutan kepada aktivis dunia. Satu tindakan bahi menghalang masyarakat antarabangsa mengadakan misi kemanusiaan membantu etnik Rohingya di negara itu.
Menurut AFP, seorang pekerja bantuan antarabangsa diRakhine mati ditikam dalam satu insiden mengejutkan Jumaat lalu.
Serangan dilakukan 10 pengganas yang memakai topeng hitam dan bersenjatakan pisau dan kapak. Mangsa diseret keluar dari rumah dan ditikam hingga mati.
Mangsa, Nu Islam, 34 tahun, bekerja untuk Komuniti dan Keluarga Perkhidmatan Antarabangsa (CFSI), skumpulan kemanusiaan yang berpusat di Filipina. – MYNEWSHUB.CC