Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Adakan Perbincangan Selesaikan Pertikaian...

KUALA LUMPUR - Satu pertemuan akan diadakan antara Media Prima Bhd dengan Kesatuan...

Pembangkang Iftar Bersama, Bincang...

KETIKA masa depan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat sudah di penghujung, timbul...

Dron ‘Menyalak’ Ganti Anjing...

WELLINGTON - Sebuah syarikat teknologi moden, DJI telah mencipta sebuah dron yang memainkan...

Dulu Kutuk Media Barat,...

NEGARAWAN ini pasti diingati seluruh isi Malaysia kerana jasa dan kejayaan yang dibawa...

Kemajuan Pulau Pinang Sekarang Hasil Usaha BN

BUTTERWORTH – Segala pembangunan dan kemajuan di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah negeri ini, sebelum DAP mengambil alih pemerintahan lebih kurang sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Pulau Pinang hari ini adalah apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dalam beberapa tahun lepas. Kerajaan DAP kini menghampiri hujung penggal kedua. Apa yang dia (DAP) buat? Melainkan (mengungkapkan) retorik, janji-janji manis dan propaganda perkauman.”

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan, di sini hari ini, Tajuddin turut menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh menafikan kenyataan bahawa pembangunan di negeri ini dibawa oleh BN kerana DAP hingga ke hari ini masih gagal menunaikan banyak janji mereka.

“Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO adalah kerajaan yang adil kepada semua kaum – Melayu, Cina, India dan apa bangsa (kaum) sekalipun di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu katanya, jentera UMNO negeri digesa untuk bekerja dengan lebih keras dan proaktif dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang jika mahu melihat parti itu kembali berkuasa di Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori