Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Lewat Dapatkan Rawatan Leptospirosis...

KUALA LUMPUR - Kelewatan mendapatkan rawatan awal terhadap demam yang dianggap biasa, menjadi...

Johor Cadang KIK Sultan...

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan menghantar cadangan kepada kerajaan Pusat berhubung penambahbaikan...

Zuraida Nafi Terlibat Tandatangan...

PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terlibat isu...

Budak Dipukul Ekoran Kad...

LABUAN - Akibat berang setelah kad memori telefon bimbit miliknya tersalah letak, seorang...

Kemenangan Jun Hoong Kebanggaan Negara, Perak

SUNGKAI – Kejayaan penerjun negara Cheong Jun Hoong meraih pingat emas di Kejohanan Akuatik Dunia FINA adalah kebanggaan negara amnya dan Perak khususnya, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Atas kemenangan itu, Zambry mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Jun Hoong, 27, yang merupakan anak jati Perak.

“Kita mengucapkan tahniah dan berharap banyak lagi kejayaan dicapai untuk mengharumkan nama negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mahabbah Eidul Fitri bersama institusi agama Islam Perak dan warga Felda di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Felda Besout 3 di sini hari ini.

Jun Hoong memenangi pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang  meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).


Pada temasya Olimpik Rio 2016, Jun Hoong memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama wanita. – BERNAMA

Kategori