Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KAFA Umum Ketua Jurulatih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melantik ketua jurulatih baharu...

Universiti Malaya Tak Naikkan...

SYUKUR... Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) boleh menarik nafas lega apabila memberikan jaminan...

Op Global: Polis Nafi...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan pihak polis lewat mengambil tindakan...

Ebola Mengorbankan 56 Dalam...

GENEVA - Virus Ebola mengakibatkan 56 orang terkorban dalam tempoh dua hari sahaja,...

Kerajaan Asing Perlu Hormati Malaysia Tangani PATI

KUALA LUMPUR – Kerajaan asing perlu menghormati usaha Malaysia untuk menahan dan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi besar-besaran yang dikenali sebagai “Op Mega E-Kad” di seluruh negara.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Jabatan Imigresen telah memberi tempoh lebih daripada mencukupi untuk majikan dan PATI menyertai program Enforcement Card (E-Kad) sebelum ia ditamatkan pada 30 Jun lalu.

“Adalah tidak wajar untuk Jabatan Imigresen melanjutkan tarikh pendaftaran E-Kad tersebut kerana majikan dan pekerja asing di negara ini telah diberikan tempoh yang secukupnya sejak 15 Februari lepas.

“Peringatan juga telah diberikan puluhan kali menerusi pelbagai saluran media dan tiada sebarang alasan boleh diterima jika mereka gagal untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lam Thye mengulas mengenai permintaan kerajaan Indonesia supaya kerajaan Malaysia menghentikan “Op Mega E-Kad” dihentikan dan melanjutkan proses pendaftaran PATI dilanjutkan.

Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakiri baru-baru ini dipetik berkata, pihaknya akan menghantar delegasi ke Kuala Lumpur bagi membicangkan isu itu.

Beliau turut berkata lebih ramai PATI yang akan menyertai program berkenaan jika tempohnya dilanjutkan manakala caj yang murah dikenakan kepada pekerja asing.

Lam Thye berkata, tindakan tegas pihak berkuasa Malaysia itu perlu disokong semua pihak kerana ia menghantar isyarat jelas bahawa kerajaan Malaysia tidak lagi bertolak ansur dalam hal yang melibatkan keselamatan, kedaulatan dan undang-undang.


“Kerajaan Indonesia juga perlu menyokong usaha ini kerana dilaporkan terdapat kira-kira 1.3 juta PATI dari negara itu di Malaysia pada masa ini,” katanya.

Menurut beliau, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bukan sahaja tertumpu kepada PATI tetapi juga majikan dan ejen yang tidak mematuhi undang-undang.

Malah, katanya, kerajaan Malaysia tidak pernah menyekat pekerja asing untuk mencari rezeki halal di negara ini tetapi majikan dan pekerja terbabit harus bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Amat menyedihkan apabila dilaporkan hanya 23 peratus atau seramai 161,056 PATI didaftarkan melibatkan 28,375 majikan dengan 145,571 E-Kad dikeluarkan sejak permohonan E-Kad bermula 15 Februari lalu. Jumlah pemohon jauh lebih rendah daripada sasaran asal iaitu seramai 600,000 PATI,” katanya.

Justeru, beliau berharap Jabatan Imigresen mengambil tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63 terhadap majikan yang didapati melakukan kesalahan menggaji, melindungi PATI dan bersubahat serta membenarkan PATI tinggal di premis mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori