Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Haji: Lapor Jika Khidmat...

MAKKAH - Jemaah haji yang tidak berpuashati dengan syarikat swasta yang mengendalikan perkhidmatan...

Amir Tepati Ramalan Juara...

SHAH ALAM - Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara...

Djokovic Tewas Mengejut Di...

PARIS - Novak Djokovic berdepan krisis terbesar dalam kariernya selepas kalah mengejut kepada...

Ada Peniaga IG Eksploitasi...

DAMANSARA: Pelakon yang semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan, Hafreez Adam mendedahkan terdapat...

Kereta ‘Cair’ Dirempuh 3.7 Tan Belut Dari Trak Terbalik

WASHINGTON DC – Sebatang jalan raya sibuk di Oregon tiba-tiba kecoh setelah sebuah trak yang sarat mengangkut 3,700 kilogram belut terbalik, lapor media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Insiden aneh itu berlaku di laluan 101 sebelah selatan bandar Depoe Bay, Oregon kelmarin namun menurut polis, tiada sesiapa terbunuh kecuali beberapa buah kereta dilaporkan ‘cair’ akibat hentaman ribuan belut tersebut.

Menurut akhbar tempatan The Oregonian, satu lorong jalan berkenaan terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan manakala haiwan itu dipercayai sejenis belut yang dapat menghasilkan lendir dari kelenjar tubuh mereka sendiri.

Akibat nahas tidak diduga tersebut, belut domestik yang juga dirujuk penduduk setempat sebagai hagfish itu secara semula jadi memuntahkan lendiran kerana dalam keadaan tertekan sekali gus ‘menghancurkan’ objek sekitarnya.

Ikan berwarna agak kemerah-merahan itu memang banyak didapati di pesisir barat AS, termasuk Oregon, dan lazimnya popular dieksport ke Korea Selatan untuk dijadikan bahan makanan penduduk negara Asia tersebut.


Polis negeri Oregon dalam kenyataan menerusi akaun Twitter melaporkan trak itu memang bawa ribuan kilogram belut tersebut untuk dihantar ke sebuah pelabuhan sebelum diangkut dengan kapal menuju ke Korea Selatan.

Kemalangan itu menyaksikan anggota polis terpinga-pinga mencari dan menyelamat belut berlendir tersebut serta akhirnya mereka sekadar merakamkan gambar suasana beberapa buah kereta ‘cair’ tersadai di laluan berkenaan.

Perkhidmatan bomba Depoe Bay dilaporkan terpaksa menggunakan sebuah jentolak untuk mempercepatkan proses pembersihan jalan raya manakala ‘nasib’ haiwan itu tidak pula diketahui. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • belut

Kategori