Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Laluan Rafah Ditutup, 2,500...

GAZA CITY - Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah,...

PRU14: Senarai Calon Pakatan...

KOTA BHARU - Berikut senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi 14 kerusi Parlimen...

Motosikal Keluar Api, Bengkel...

RENTUNG... Sebuah bengkel kenderaan hampir musnah apabila api kimpalan untuk menyambung ekzos motosikal...

Kandungan Surat Sebut Menteri...

KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng yang mengesahkan tidak menandatangani surat lantikan bagi...

Kerjasama Korporat Dipelawa Bangunkan Sekolah

BATANG KALI – Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan membantu pembangunan sekolah di Malaysia.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk P. Kamalanathan berkata kerjasama pintar itu bukan sahaja meliputi pembangunan dari segi prasarana malah boleh mencakupi aspek lain seperti pendidikan, kebajikan, dan sebagainya.

“Kita ada lebih 10,000 sekolah dan 2,000 daripadanya merupakan sekolah menengah, jadi pelbagai jenis bantuan boleh dihulurkan kepada sekolah-sekolah ini khususnya di luar bandar.

“Mungkin ada syarikat ingin membaik pulih bekalan elektrik, menaiktaraf padang sekolah dan mengecat bangunan, there are so many ways to help. Just communicate with the ministry and we will give you the list of the schools and inform you  what kind of help needed,” katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup ‘Samsung Employee Volunteer Programme’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor di sini hari ini.

Kamalanathan berkata kementerian sentiasa membantu menyediakan bantuan asas kepada sekolah yang memerlukan namun mengesyorkan kerjasama ini sebagai langkah strategik demi kepentingan bersama. – BERNAMA

Kategori