Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Awie Dapat ‘Green Light’...

PENYANYI rock tanah air, Awie meluahkan rasa terharu apabila anaknya sudah bersetuju untuk...

Gelombang Haba Turut Jejas...

TEMERLOH - Gelombang haba yang melanda negara ketika ini bukan sahaja meresahkan orang...

Monsta Sasar RM5 Juta...

KUALA LUMPUR - Syarikat pencipta animasi Monsta menyasarkan nilai jualan siri komik bulanan terbaharunya...

One Direction Berlakon Iklan...

BUAT peminat setia boyband One Direction (1D), anda kini boleh berbau harum persis...

Kerjasama Syarikat Korporat Dialu-Alukan

HULU SELANGOR – Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif syarikat korporat dalam membantu pembangunan sekolah di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata perkara itu boleh dilakukan menerusi kerjasama pintar yang meliputi pembangunan prasarana dan juga aspek lain seperti pendidikan dan kebajikan.

“Kita ada lebih 10,000 sekolah dan 2,000 daripadanya merupakan sekolah menengah, jadi pelbagai jenis bantuan boleh dihulurkan kepada sekolah-sekolah ini khususnya di luar bandar.

“Mungkin ada syarikat ingin membaik pulih bekalan elektrik, menaik taraf padang sekolah dan mengecat bangunan, terdapat banyak cara untuk membantu, cuma hubungi kementerian dan kami akan beri anda senarai sekolah yang memerlukan bantuan dan jenis bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup ‘Program Sukarelawan Warga Kerja Samsung’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor di sini hari ini.


Kamalanathan berkata kementerian sentiasa membantu menyediakan bantuan asas kepada sekolah yang memerlukan namun mengesyorkan kerjasama ini sebagai langkah strategik demi kepentingan bersama. – BERNAMA

Kategori