Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Agong Berangkat Ke Forum...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Forum...

TPM Rasmi Persidangan UMNO...

JELEBU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Mawar Rashid Terima Banyak...

PROGRAM pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan berpihak...

Kalimah Allah: Menteri UMNO...

PETALING JAYA – Menteri-menteri UMNO akan membangkitkan semula isu penggunaan Kalimah Allah untuk...

Kes Hina Agong: Catt Ginger Berjaya Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Polis telah berjaya menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama samaran ‘Catt Ginger’ kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketua Polis Negara Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan bahawa tangkapan dilakukan sendiri oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

Dalam status Facebook tersebut, pengguna yang menggunakan nama Facebook ‘Catt Ginger’ bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting kepada gambar haiwan kurang sopan.

Pengguna Facebook biadab itu turut meletakkan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ pada 25 Jun lepas yang dikirim secara kebetulan merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia mula menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan menerusi laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa konon dia telah bertindak menghina Sultan Muhammad V.

Suspek dipercayai membuat laporan polis dan juga aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) susulan Pergerakan Pemuda UMNO Perak tampil membuat laporan sama pada Selasa lalu.


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat menyifatkan tindakan Catt Ginger’ sebagai amat serius.

Ini kerana netizen tersebut secara terang berniat melakukan provokasi agama serta menimbulkan ketegangan dan keresahan dalam kalangan umat Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori