Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Terus Sokong Guna...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menyokong usaha penggunaan sisa pepejal bagi menghasilkan...

“Rumput Tak Selalu Lebih...

KUALA LUMPUR – Menyelar sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering merungut tentang negara...

RUU 355: Luahan Rafizi...

IBARAT lain diharap, lain pula yang dapat... Kuasa rakyat yang sering dijaja PKR...

Imigresen Nafi Lancar Operasi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menafikan laporan sebuah akhbar bahawa jabatan itu...

Kes Raymond Koh Ada Kaitan Rangkaian Di Selatan Thai

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang dipercayai menculik Pastor Raymond Koh yang hilang pada Februari lepas, mempunyai rangkaian di selatan Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya masih bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan rangkaian kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, kumpulan penculik itu dipercayai diketuai seorang lelaki, yang juga dalang penyeludupan senjata dan dadah yang ditembak.

Siasatan polis mendapati kumpulan berkenaan mempunyai jaringan dengan aktiviti penyeludupan manusia di selatan negara jiran itu.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan ke atas tiga lagi suspek yang ditahan pada hari yang sama, ketua mereka ditembak mati, kumpulan terbabit mempunyai hubung kait dengan sebuah lagi kumpulan di selatan Thailand,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau juga berkata, pihaknya percaya kehilangan seorang lagi lelaki iaitu Peter Chong, pada 31 Mac lalu, turut mempunyai kaitan dengan kumpulan sama.


Pada 13 Februari lalu, Raymond, 62, dipercayai telah dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan SS4b/10, Petaling Jaya, Selangor.

Selain Raymond, empat lagi individu iaitu bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong; paderi, Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth serta aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis, Amri Che Mat turut dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, Peter yang didakwa diculik pada 6 April lalu ditemukan selamat selepas tiba di tanah air dari Thailand, 16 April lalu. -AWANI

Kategori