Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SelfieBrush: Aksesori Berus Selfie...

Khas untuk golongan wanita yang sangat gemarkan selfie.Nampaknya kemaruk terhadap selfie ini nampaknya...

Jamil Khir Dedah ‘Akujanji’...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir...

RTM Buat Typo Lagi:...

DAH macam trend pula bila sejak kebelakangan ini, bermacam-macam typo atau kesalahan ejaan...

Penuntut Tahun Akhir IPTA...

Kuala Lumpur : Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)...

Kesal Dakwaan DoJ Gagal Jatuh Pemimpin Malaysia?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berpandangan dakwaan pertama Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu sepatutnya telah cukup untuk meruntuhkan kepimpinan negara ini.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut berpandangan laporan kedua dan laporan ketiga DoJ juga menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini juga sepatutnya dapat meruntuhkan maruah dan integriti pemimpin Malaysia.

“Berhubung saman sivil DoJ, laporan pertama setebal 136 muka surat pada 20 Julai 2016 sudah cukup untuk meruntuhkan segala maruah dan integriti kepimpinan negara oleh MO1.

“Sekiranya Apandi (Peguam Negara) seorang yang bertanggungjawab, sudah lama tindakan telah beliau ambil tanpa perlu menunggu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian kerana tidak berpuas hati apabila pelbagai dakwaan dilemparkan oleh DoJ AS ke atas 1MDB masih gagal untuk menumbangkan kepemimpinan negara ini.

Ramai pihak bagaimanapun melihat dakwaan yang dilemparkan oleh DoJ AS ke atas 1MDB sebenarnya satu usaha halus negara asing itu untuk mencampuri urusan politik Malaysia bagi memenangkan parti-parti pembangkang.


Ia ekoran idelologi parti pembangkang yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tentang nilai sesebuah masyarakat secocok dengan idelogi sekular dan liberal barat.

Selain itu, timbul pendedahan bahawa DoJ sebenarnya membuat dakwaan ke atas 1MDB dengan bersandarkan laporan yang diterima daripada proksi-proksi parti pembangkang termasuk ahli politik dan badan antikerajaan di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DOJ

Kategori