Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Ramai Sangat Yang Bodoh,...

MENGAKUI bahawa hubungan kaum masih merupakan masalah utama menjelang ulang tahun pertama kerajaan...

Kelindan Lori Maut, 3...

JOHOR BAHARU - Seorang kelindan lori maut manakala tiga lagi cedera parah dalam...

Jururawat Mengaku Bunuh 8...

ONTARIO - Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas...

Kebakaran Paling Dahsyat –...

KUALA LUMPUR – ‘The deadliest fire in decades in Malaysia’ – itulah gambaran...

Ketepikan Perbezaan, Tumpu Kemenangan PRU-14

LANGKAWI – Anggota Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi digesa mengetepikan sebarang perbezaan dalam kalangan mereka dan memfokuskan usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata soal persaingan untuk sebarang jawatan sehingga mewujudkan puak-puak dalam parti akan hanya menjejaskan keutuhannya untuk memenangi pilihan raya.

“(Kalau) kita kalah bukan kerana musuh kita kuat tetapi kerana kita membiarkan musuh untuk meranapkan perjuangan kita (dengan bersengketa sesama sendiri),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi di sini malam ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui wujud nostalgia terhadap pemimpin lama seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi dan Pemuda UMNO perlu menjelaskan perjuangan UMNO adalah lebih penting daripada pemimpinnya.

“Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam, bangsa dan tanah air mesti sentiasa dikekalkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori