Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

11 Ahli Sindiket Penipuan...

Melaka : Sebelas ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diberkas polis awal...

RUU 355 Dedah Kepuraan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU...

UMNO Terengganu Perlu Kerja...

KUALA NERUS - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan UMNO...

Selebriti Tempatan Dijadikan Sasaran...

Sudah menjadi trend makeup transformation di kalangan peminat tanah air apabila wajah selebriti...

Khairy Minta 3 Tokoh Tinggalkan Pentas Politik

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik  tanah air kerana  mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Beliau berkata individu yang dimaksudkan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada  Barisan Nasional, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju, di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin UMNO,  dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.

Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

Justeru kata Khairy  ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing  supaya ‘masalah lama’  sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan.


“Berilah peluang untuk kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat,” katanya.

Sementara itu Khairy berkata pemimpin UMNO perlu menerapkan budaya ‘5C’ iaitu ‘clean’ (bersih), ‘competent’ (cekap), ‘compassionate’ (berbelas kasihan), ‘contemporary’ (kontemporari)  dan ‘competitive’ (kompetitif) supaya parti itu terus mendapat sokongan khususnya daripada sesetengah orang Melayu yang berasakan mereka tidak lagi memerlukan UMNO.

“Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat apa-apa daripada kerajaan atau perjuangan UMNO atau mungkin mereka dapat( faedah), tetapi berasakan mereka hebat atas sebab diri mereka sendiri.

“Mereka nak tengok pada nilai, ketrampilan , komitmen kita dan kecekapan kita. Ini politik pascamoden dan mereka mungkin tak perlu apa-apa tetapi kita perlukan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori