Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pakatan Bantah RUU355 Bimbang...

KUALA LUMPUR - Usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965...

Inkues EIMARace: Penganjur Gagal...

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini, diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif...

Menyusuri Laluan Hang Tuah...

PEKAN - Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai Laluan Penarikan di antara Sungai...

Lebuh Raya SMART Tawar...

KUALA LUMPUR - Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan...

Kilang Kitar Semula Kompos Proses 13 Tan Sisa Sehari

SANDAKAN – Kilang Kitar Semula Kompos di Batu 8 dekat sini memproses 13 tan sisa pepejal setiap hari untuk dijadikan baja bio-organik.

Kilang tersebut yang beroperasi sejak Mac 2015 adalah yang pertama di negara ini memproses sisa makanan, haiwan dan organik menggunakan sistem teknologi mikro organisma.

Pembukaan kilang itu oleh syarikat SS Microbial Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi mengatasi masalah pembuangan sisa pepejal di daerah ini.

Penolong Setiausaha Operasi MPS Mansor Mohd Kawi berkata MPS menghantar sisa pepejal ke kilang itu membabitkan sisa makanan yang dikutip secara berjadual setiap hari dari premis makanan, pasar am, kilang makanan laut dan asrama institusi pengajian tinggi di daerah ini.

Katanya bagi meningkatkan penghantaran sumber sisa makanan ke kilang itu, MPS turut memperluaskan kutipan sisa makanan ke kawasan Taman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya pada masa sekarang ia membabitkan empat PPR iaitu Taman Harmoni, Taman Mesra, Taman Murni dan Taman Lintas Batu Sapi.

“Sisa pepejal mampu diproses di kilang itu lebih banyak daripada sasaran kapasiti sebanyak 80 tan sehari dan MPS terus mencari pendekatan untuk menangani kekangan dalam meningkatkan kawasan kutipan sisa makanan,” katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat kepada 36 peserta Kursus Pendidikan Alam Sekitar yang melawat kilang itu, hari ini.


Kursus tersebut membabitkan pengetua sekolah anjuran Rainforest Discovery Centre Sepilok Jabatan Perhutanan Sabah diadakan selama enam hari berakhir Sabtu ini.

Mansor berkata selari dengan usaha itu,MPS akan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pengasingan Sisa Pepejal di daerah ini dalam tempoh terdekat.

Katanya undang-undang kecil itu telah diluluskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk dilaksanakan di 22 Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini.

Menurutnya penguatkuasaan undang-undang kecil itu boleh dilaksanakan di daerah ini dengan adanya kilang kitar semula kompos itu yang membolehkan pembuangan sisa pepejal dilakukan secara teratur. – BERNAMA

Kategori