Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tragedi Basikal Lajak: Kesalahan...

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan kerani, Sam Ke Ting, atas pertuduhan...

SPRM Berjaya Lucut Harta...

JOHOR BAHRU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya dalam rayuannya...

Tangguh Awal Sesi Dewan...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan...

Prasarana Mula Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi...

“Kerajaan Yang Adil Pun Boleh Tumbang” – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja kerajaan yang zalim boleh tumbang, kerajaan yang bertanggungjawab dan adil juga boleh runtuh apabila rakyat mula membelakangi pemerintahnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan yang adil dan bertanggungjawab tumbang apabila rakyat terpengaruh dengan hasutan dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati.

“Sebagaimana negara yang zalim akan berakhir dengan keruntuhan, begitulah juga ia boleh berlaku ke atas negara yang adil. Keruntuhannya boleh berlaku jika rakyat tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.

“Ada kalanya rakyat mula membelakangi pemerintah dan mula mendengar hasutan daripada kalangan mereka sendiri yang menyebarkan pembohongan dan fitnah ke atas pemerintah.

“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada,” katanya di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, penyebaran fitnah dan pembohongan itu seterusnya akan menimbulkan ‘pemberontakan’ rakyat terhadap pemerintah yang bertanggungjawab dan adil.

Kata beliau, pada akhirnya negara yang baik akam runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta tersebut.


Justeru, beliau mengingatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki yang haram adalah satu kemalangan untuk negara.

Kata beliau, ia juga lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri rakyat seperti yang berulang kali berlaku dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.

“Justeru rakyat sayugialah sentiasa menjunjung kebenaran, sensitif terhadap api fitnah dan bersegera memadamkannya. Sentiasa mendengar peringatan daripada al-Quran dan para ulama serta menasihati dan mendukung pemerintah yang adil.

“Kenalilah pemerintah dengan mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan. Tiada mungkin kebenaran yang dicampur baur dengan fitnah akan mencetuskan kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori