Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GST: 49,403 Premis Diperiksa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 49,403...

Guan Eng Cuba Cabar...

PAKATAN HARAPAN yang diketuai DAP menggariskan 11 strategi awal 'menyamaratakan agama' jika diberi...

Polis Tahan Suspek Kes...

SEMPORNA - Seorang suspek kes samun yang juga mencederakan mangsa seorang lelaki tempatan...

Khairy Tepis Cadangan Guna...

KUALA LUMPUR - Ketika skuad bola sepak kebangsaan dikritik hebat susulan dua kekalahan...

Kekal Unjuran Pertumbuhan KDNK 4-5% Tahun Ini

PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan unjuran 4.0 hingga 5.0 peratus bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 4.8 peratus berbanding 4.5 peratus sebelum ini, kerajaan melihat tiada keperluan untuk menyemak semula sasaran yang ditetapkan buat masa ini.

“Kami akan mengekalkan unjuran kami antara 4-5 peratus kerana ekonomi dunia yang bersifat dinamik.

“Kita akan melihat bagaimana ekonomi kita pada suku kedua dan ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Merancakkan Malaysia sebagai Hab Logistik di sini hari ini.

Katanya semakan menaik IMF bagi unjuran pertumbuhan KDNK negara secara langsung menunjukkan Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh sekaligus menyanggah cakap-cakap politik yang negatif mengenai ekonomi negara.

“IMF, Bank Dunia dan semua institusi kewangan dunia yang lain mengiktiraf ekonomi kita, namun kita tetap mengambil maklum ‘political noise’ yang dibuat di luar sana. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengganggu perjalanan dan perkembangan ekonomi kita ke hadapan.

“Politik tidak boleh dijadikan sebagai satu faktor yang boleh membuat ekonomi kita terbantut. Itu akan membuat semua orang rugi,” katanya.

Mesyuarat itu dihadiri oleh pihak berkepentingan dalam sektor gudang pelabuhan, jalan raya, lapangan terbang dan yang berkaitan bagi membincangkan mengenai usaha dan perancangan yang boleh dilakukan untuk memajukan Malaysia sebagai Hab Logistik yang akan dimuatkan dalam Bajet 2018.


Bajet 2018 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017.

Mengenai sembilan pembida dalam kalangan syarikat bertaraf Fortune 500 bagi pembangunan Bandar Malaysia, katanya ia menunjukkan projek bernilai tinggi itu diyakini oleh para pelabur antarabangsa yang mampu memberi manfaat yang besar kepada negara pada masa akan datang.

Katanya penglibatan pembida antarabangsa iaitu tujuh syarikat dari China dan dua syarikat dari Jepun bagi projek tersebut membuktikan projek pembangunan yang akan dan sedang dijalankan oleh kerajaan akan memberi impak kepada negara.

“Kita harus lihat minat pembida kepada Bandar Malaysia yang juga menjadi petunjuk bahawa projek ini akan menjadi ‘game changer’ kepada pembangunan Kuala Lumpur untuk abad yang seterusnya,” katanya.

Mengenai kenyataan bahawa penilaian ke atas projek tersebut sepatutnya lebih tinggi daripada sebelum ini, Johari berkata semasa pembidaan sebelum pembatalan perjanjian jualan saham kepada China Railway Engineering Corp (CREC), masih belum terdapat projek infrastruktur seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Mass Rapid Transit.

“Masa berlalu dan nilai meningkat, dan kita melihat nilai yang ditawarkan kepada kita. Bagi Malaysia, selagi kita mendapat nilai yang lebih baik dan lebih tinggi, ia baik untuk kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori