Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hubungan Aksem-Rakyat Bantu Banteras...

PADANG BESAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) perlu mengambil pendekatan meningkatkan hubungan...

Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di...

Kami yakin ramai yang tidak pernah melihat fenomena awan arcus secara langsung.Kewujudannya sememangnya...

Persediaan PAIP Atasi Masalah...

KUANTAN – Persediaan awal yang dilakukan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) membolehkan bekalan...

“Tiada Istilah Sunyi Dalam...

ENGGAN mengulas lanjut apabila disoal tentang cahaya mata, ratu rock negara Ella mengakui...

Kenal Pasti Hidupan Liar Diseludup Ke Malaysia

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk mengenal pasti langkah yang akan diambil terhadap hidupan liar terutama spesies terancam yang dirampas dalam aktiviti penyeludupan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya turut mengalu-alukan pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama menyumbang kepada tindakan yang diperlukan terutamanya dalam aspek konservasi hidupan liar di negara ini.

“Apa yang menjadi kerisauan ialah binatang khususnya yang datang dari luar negara, yang bukan local indigenous kepada negara kita. Binatang ini bukan 10 atau 20 ekor, kadang-kadang beratus ekor jumlahnya.

“Ini menjadi satu kebimbangan saya kerana binatang-binatang ini tidak boleh dilepaskan dalam persekitaran kita. Kita tak tahu jenisnya dan mungkin mendatangkan kemudaratan kepada spesies tempatan…spesies yang boleh mengancam kedudukan spesies lain. Kita bimbang ia datangkan satu kemudaratan kepada flora dan fauna kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PERHILITAN dan Persatuan Patologi Veterinar Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu akan membincangkan mengenai penempatan, makanan dan kos yang diperlukan dalam usaha mengurus hidupan liar berkenaan.


Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan undang-undang di laluan keluar masuk laut dan darat negara kerana Malaysia sering dijadikan sebagai transit untuk aktiviti penyeludupan hidupan liar dan terancam.

“Sistem pengangkutan kita memang baik dan dengan keadaan sedemikian peluang diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi aktiviti yang tidak diingini berlaku.

“Kita kena buat satu tindakan dan penguatkuasaan supaya kita bebas dari gelaran ‘transit centre’,” katanya. – BERNAMA

Kategori