Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bomba Selamatkan 12 Mangsa...

KUCHING - Sebanyak 12 pendaki terkandas ketika menuruni Gunung Santubong dengan salah seorang...

Dobi, Bangunan Tempat Kerja...

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia...

Sistem Elektronik Berjaya Kurang...

KUALA LUMPUR - Sistem transaksi tol secara elektronik (ETC) berjaya mengurangkan sehingga 50...

Isu Rohingnya Perlu Ditangani...

KLUANG - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu etnik Rohingya...

KP Jakim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM

NILAI – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 3 Julai 2017 hingga 30 Jun 2020.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan berkata, Othman menggantikan Profesor Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh yang tamat tempoh lantikannya pada 30 Jun lalu selepas mula dilantik ke jawatan itu mulai 1 Jun 2007.

“Othman merupakan anak kelahiran Tumpat, Kelantan yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Beliau mula berkhidmat di Jakim sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982 dengan jawatan pertamanya adalah Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Othman pernah bertugas dipelbagai peringkat antaranya sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia; Pengarah Bahagian Penerbitan, Pengarah Bahagian Dakwah, Pengarah Cawangan Sarawak di Jakim dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


“Pihak universiti merakamkan setinggi ucapan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan beliau ke jawatan ini. USIM juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Wan Hashim kerana telah memberi sumbangan yang amat besar sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah USIM selama 10 tahun,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori