Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Punyalah Takut Rakyat...

TAK faham sungguh kami dengan budaya kebanyakan rakyat China yang amat 'paranoid' untuk...

Pensyarah Diugut Selepas Artikelnya...

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi...

Mirazur Restoran Terbaik Dunia

PARIS – Mirazur yang berpangkalan di Perancis dinobatkan sebagai restoran terbaik dunia. Restoran di...

Permohonan Gantung Perintah Kembalikan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mac ini untuk mendengar permohonan pihak...

Kru Kabin British Airways Mogok 2 Minggu

LONDON – Kru kabin British Airways (BA) melancarkan mogok selama dua minggu mulai hari ini susulan pertikaian berlanjutan berhubung isu gaji, sekali gus bakal menjejaskan jadual penerbangan.

Konflik antara kru kabin bagi penerbangan jarak jauh dan jarak dekat dan syarikat penerbangan itu sudah berlarutan sejak tahun lalu, mengenai isu gaji yang dianggap kesatuan sekerja Unite sebagai ‘kadar kemiskinan’.

Walaupun, sebahagian isu membabitkan gaji itu sudah berjaya diatasi, Unite berkata, langkah mengadakan mogok itu diambil berikutan sekatan terhadap anggota kesatuan yang sebelum ini terbabit dalam tindakan perindustrian.

Mogok terbaharu itu dijangka tidak menjejaskan jadual penerbangan, tetapi ia bakal memburukkan lagi imej British Airways, selepas kejadian penumpang terkandas akibat gangguan sistem komputer.

“Pelanggan akan memandang rendah keupayaan dan jenama British yang hebat ini akan terus tercemar.

“Justeru, kami meminta British Airways supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang ancaman dan menghentikan sekatan, supaya pertikaian yang sudah lama ini dapat ditamatkan,” pegawai kebangsaan Unite, Oliver Richardson dalam satu kenyataan.

Sementara itu, British Airways memberi amaran tindakan sewajarnya akan diambil terhadap kru kabin menyertai mogok itu.


Namun, mereka memberi jaminan bahawa semua penumpang akan selamt sampai ke destinasi masing-masing.

Syarikat penerbangan itu berkata, semua penerbangan akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick dan London City.

Katanya, sebahagian kecil lagi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow akan digabungkan bagi memudahkan operasi. – Reuters/BH ONLINE

Kategori