Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TH Berjaya Kutip Dana...

MAKKAH : Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta,...

Exco FAM Sahkan TMJ,...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat...

60,000 Unit Rumah Selangorku...

KLANG: Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah...

Penumpang Cemas Tayar AirAsia...

Seramai 184 penumpang pesawat AirAsia Zest berdepan dengan detik cemas apabila tayar pesawat...

Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar

GUA MUSANG – Sebuah bangunan kuarters guru di Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Pos Pasik di sini, rosak selepas ‘diserang’ sekumpulan kira-kira 10 ekor gajah liar yang datang ke kawasan tersebut untuk mencari makanan pada awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kuarters guru terbabit yang mempunyai 10 pintu, kosong kerana semua guru masih dalam perjalanan ke sekolah tersebut selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Penghulu Pos Pasik, Hashim Harun berkata kumpulan gajah liar itu dilihat berkeliaran di kawasan kuarters guru dan rumah penduduk di kampung berkenaan selama tiga jam sebelum beredar ke kawasan hutan berhampiran pada 6 pagi.

“Berikutan kejadian itu, terdapat kuarters guru yang rosak terutama di bahagian jendela dilakukan oleh gajah berkenaan selain beratus pokok pisang di sekitar kawasan berkenaan musnah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hashim berkata beberapa penduduk Orang Asli yang menyedari kehadiran kumpulan gajah berkenaan bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing dan hanya pulang semula ke rumah pada pukul 7 pagi setelah haiwan berkenaan kembali ke hutan berdekatan.


“Ini merupakan kali pertama sekumpulan gajah liar menceroboh kuarters guru dan sebelum ini hanya memusnahkan tanaman penduduk sahaja,” katanya.

Pengawal keselamatan di sekolah tersebut Jali Hashim, 40, berkata dia menyedari kejadian itu pada 8 pagi tadi apabila melihat kawasan sekitar kuarters terbabit berselerak.

Katanya gajah berkenaan tidak memasuki kawasan sekolah dan hanya berkeliaran di sekitar kuarters guru serta rumah penduduk kampung. – BERNAMA

Kategori