Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Jangan Jaja Berhampiran Lampu...

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati pengguna supaya tidak menggalakkan...

PAS Nafi Mahu Wujud...

SHAH ALAM - Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad menafikan parti itu mahu mewujudkan...

Polis N.Sembilan Akui SPRM...

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan kelemahan prosedur...

Bukan Saja Kopi Tapi...

SIAPA sangka suhu di bawah paras beku boleh menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan,...

Kumpulan ‘Geng Michael’ Tumpas

TAIPING – Polis berjaya menumpaskan kumpulan ‘Geng Michael’ dengan tertangkapnya lima lelaki termasuk ketua kumpulan dikenali sebagai Koh Kok dalam dua serbuan berasingan pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata kesemua suspek  berumur antara 37 dan 58 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Taman Seri Larut Simpang di sini dan Taman Kenangan Serdang, Kedah pada 7 dan 26 April.

Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai barangan termasuk kereta Perodua Kelisa, Wolkswagen Jetta, alatan menghisap syabu, dua paket lut sinar mengandungi 0.8 gram syabu, dua paket ganja 4.2 gram, tiga telefon bimbit, laptop, kamera, sebatang kuku kambing dan sebatang pemutar skru.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini polis berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah di daerah ini. Kesemua suspek yang ditangkap berasal dari Perak,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.


Beliau berkata dua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 14 tahun penjara dan sebatan, jika disabit kesalahan, manakala tiga lagi tangkapan dalam proses hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Harrith Kam berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua anggota kumpulan itu yang dipercayai terbabit dengan rasuah. ​​​​​ – BERNAMA

Kategori