Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelepasan Cukai Untuk Perbelanjaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan...

Turun Padang Bersedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengulangi ingatannya kepada...

PTPTN Minta Tampil Jika...

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta peminjam dan waris...

PKPS 2.0 Menyerlahkan Sisi...

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

Lagi Spekulasi Neymar Ke PSG

SPEKULASI mengenai masa depan Neymar terus bertiup kencang selepas beliau dilihat menghabiskan masa selama 15 minit di bilik persalinan Real Madrid susulan kemenangan Barcelona 3-2 di Miami.

Pemain kelahiran Brazil itu dikaitkan dengan tawaran kontrak Paris Saint Germain (PSG) bernilai £196 juta (RM1.1 bilion) selepas mendapatkan baju daripada pemain Real Madrid, Sergio Ramos dan Casemiro pada Sabtu malam.

Menurut laporan media di Sepanyol, Neymar dikatakan muncul untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan seterunya.

Penyiar, Ncuatro turut merakamkan pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan masa bersama bekas pemain Real Madrid dan penyerang Brazil, Julio Baptista selepas tamat perlawanan di Stadium Hard Rock.

Jika ia merupakan imej-imej terakhir Neymar sebagai pemain Barcelona maka Ramos percaya ia hanya menjadi perkara yang baik buat rakannya dan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Bercakap kepada pemberita, Ramos memberikan jawapan diplomatik ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung masa depan Neymar.


“Saya tidak tahu, semua orang bebas untuk memilih masa depan mereka.

“Saya harap (Neymar berhijrah). Masalah kami akan berkurangan,” tambah Ramos dipetik sebagai berkata dalam laporan Goal.

Neymar yang merupakan penyerang Barcelona itu dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak PSG dan perpindahannya akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Masa depan pemain Brazil itu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini selepas dia mendedahkan mahu meninggalkan Nou Camp kerana inginkan cabaran baharu. – Mail Online/mStar Online

Kategori