Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura Bertemu...

SINGAPURA - Pertemuan antara kedua-dua Menteri Pengangkutan Malaysia dan Singapura bagi membincangkan urusan...

32.66 Juta Penduduk Malaysia,...

PUTRAJAYA - Penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan...

26 Terkandas Di Gunung...

HULU TERENGGANU - Kesemua 26 orang, terdiri daripada 18 pekerja Jabatan Ukur dan...

Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin...

TAKZIAH... Penyanyi era tahun 1960-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat...

Pergh…Lagu ‘I Am Me’ DSV Bakal Jadi Fenomena!

SATU lagi fenomena dalam industri muzik telah berlaku apabila lagu nyanyian Dato Seri Vida berjudul ‘I Am Me’ dikatakan berhantu.

Sebelum ini Edry Abdul Halim iaitu komposer lagu tersebut dikatakan sengaja mencipta lagu berkenaan dengan tujuan supaya ia menjadi viral.

Baca: Edry Cipta Lagu Datuk Vida Memang Untuk Viral

Juga: Vida Sedia Terima Tawaran Nyanyi Majlis Korporat

Dan sekarang impian mereka berdua sudah pun terlaksana apabila video lirik lagu tersebut telah mencapai tontonan lebih daripada 200,000 kali sejak dimuat naik di akaun YouTube KRU Music tiga hari lalu.

Jika anda intai di Twitter, ramai yang mengatakan lagu ini sangat berhantu, sebabnya dengar sekali macam tak puas, pasti anda akan klik untuk kali kedua dan seterusnya!

Tak ketinggalan, ada juga yang membuat parodi lagu I Am Me ini.


Seorang pemuda yang dikenali sebagai TheFaizRoslan di akaun YouTubenya, telah memuat naik parodi lagu berhantu ini dan mendapat tontonan sebanyak 60,964 kali.

Faiz bukan sahaja membuat parodi untuk lagu I Am Me, tetapi dia juga banyak membuat parodi seperti rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan serta lagu lagu yang lain.

Jangan lupa tonton kemunculan sulung DSV dalam muzik video ini pada awal bulan Ogos depan.

Lepas ni apa pula tajuk lagu kedua DSV? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Kategori