Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Husni Tiada Rancangan ‘Betul’...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Bapa Maut, Anak Perempuan...

GOMBAK: Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya berusia lapan tahun cedera motosikal mereka...

Hukuman Pemandu Degil Di...

SHENZHEN - Polis di bandar ini mempunyai cara unik bagi memberi pengajaran kepada...

Pekerjaan Mungkin Paling Bahaya...

Bangkok – Ini mungkin pekerjaan paling bahaya di dunia.Bayangkan demi mencari sesuap nasi,...

Lakon Babak Ranjang, Amar Tak Takut Isteri Marah

PELAKON Amar Asyraf tidak memberitahu dan tidak meminta kebenaran isterinya, Arna Salleh untuk melakonkan beberapa babak intim dan ranjang bersama aktres Nadian Brian dalam filem terbaharu lakonannya, Blok 404.

Menurut Amar, walaupun tidak meminta kebenaran, dia tetap membawa Arna ke lokasi penggambaran bagi melihat sendiri dia melakonkan babak tersebut.

Amar dan Nadia Brian

“Saya tak takut isteri marah dan saya lebih bimbang jika Nadia gagal melakukan babak tersebut kerana dia tidak mempunyai pengalaman melakonkan babak intim.

“Saya bawa isteri saya ke set untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, suppaya tidak timbul isu lain.

“Alhamdulillah dia okey sahaja kerana dia tahu saya memang suka berlakon dan apa yang dia lihat itu merupakan lakonan semata-semata,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, bagi mendapatkan feel lakonan, dia juga mengunjungi pusat hiburan selama tiga hari berturut-turut untuk melihat sendiri gelagat anak-anak muda berhibur.


Dalam Blok 404, saya memegang watak sosial dan bermasalah. Tetapi saya tidak tahu bagaimana anak muda zaman sekarang berhibur.

“Jadi saya pergi ke kelab untuk melihat sendiri agar dapat melakonkan watak dengan sempurna. Tetapi, realiti sebenar adalah lebih menakutkan daripada apa yang saya lakonkan dalam filem itu,” katanya.

Walaupun menyedari tindakannya melakonkan babak ranjang akan mendapat kritikan dari penonton, Amar berkata dia sudah bersedia untuk mengadapi segala kritikan dan kecaman daripada penonton.  -MYNEWSHUB.CC

Kategori