Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi...

Ali XPDC Minta Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kembali bersama XPDC sejak empat tahun lalu, vokalis kumpulan itu,...

Tragedi Tidak Lunturkan Semangat...

GEORGE TOWN - Tragedi kebakaran yang meragut nyawa empat anggota keluarganya tahun lepas...

‘Tukang Panggang’ Kucing Mengaku...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang dipercayai membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya...

Larian Obor Sukan SEA Dari Perak Tiba Di Jeli

JELI – Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kini dalam siri jelajah negara dari Perak tiba di Dataran Ilmu di sini, kira-kira 3.30 petang hari ini.

Ketibaan peserta yang diketuai Timbalan Pengerusi Belia dan Sukan Perak merangkap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Hulu Aznel Ibrahim sambil diiringi anggota Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman itu disambut ADUN Kuala Balah Datuk Ab Aziz Derashid.

Bermula esok, larian itu akan diteruskan ke enam jajahan di negeri ini merangkumi Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sebelum ia diserahkan kepada Terengganu selepas ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mohd Nadzri Yaacob berkata gimik perasmian larian obor bagi peringkat Kelantan akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Pantai Irama, Bachok Sabtu ini.

“Obor tersebut akan dilayangkan ke udara menggunakan wau bulan gergasi dengan diiringi 29 wau bulan bersaiz kecil yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan obor tersebut di sini, hari ini.


Sementara itu Ab Aziz berkata beliau berbangga apabila Jeli menjadi jajahan pertama di negeri ini yang ditugaskan untuk menerima obor tersebut.

Beliau berkata ia merupakan satu kebanggaan kepada Kelantan untuk turut menerima penghormatan berkenaan dan penduduk di negeri ini perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada atlet negara yang menyertai sukan tersebut. – BERNAMA

Kategori