Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nota Dari Makkah: Kisah...

SATU perkara yang klise mengenai mengerjakan umrah dan haji ialah: "Niat nak pergi....

Pertahanan T-Team Tekad Sekat...

KUALA TERENGGANU - Pemain pertahanan pasukan T-Team, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan bertekad...

Majlis Peguam Kekal Ketetapan...

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim...

Lebih 74,000 Sudah Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 74,289 individu di negara ini sudah melengkapkan dua dos...

Lebih 100 Tadika Kemas Akan Dinaik Taraf

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengenal pasti lebih 100 tadika di seluruh negara yang perlu dinaik taraf kerana tidak selamat diduduki selain kurang fasiliti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut terdapat beberapa buah tadika yang terpaksa menumpang di balai raya dan menyewa di bangunan lain untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.

“Kita akan cuba selesaikan permasalahan ini walaupun tidak dapat sepenuhnya bagi memberikan keselesaan dan kelancaran pembelajaran pra-sekolah ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri KEMAS 2017 di sini, hari ini.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyampaikan kutipan sumbangan daripada kakitangan KEMAS dan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semalaysia kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad berjumlah RM91,190.


Sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan warga KEMAS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Syria dan Rohingya. – BERNAMA

Kategori