REMBAU – Lebih 25,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di perkarangan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota di sini, hari ini.
Penduduk daripada pelbagai kaum dan lapisan umur datang seawal 10 pagi bagi menikmati juadah yang dihidangkan seperti lemang, ketupat, sate dan nasi tomato.
Orang ramai turut mengambil peluang bertemu Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan serta isteri Nori Abdullah.
Turut hadir pada majlis itu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah. – BERNAMA