Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pindaan RUU MKN Perlu...

JEMPOL - Pindaan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus dipercepatkan...

Zahid Tiba Hadiri Mesyuarat...

MANILA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Kumpulan Penculik Minta Wang...

KOTA KINABALU - Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah...

Lawak Mkini Dotcom Cabar...

ALAHAI... Sepatutnya semua pihak bergembira apabila Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan dalam usaha...

Lebih 8,000 Polis Bertugas Sepanjang Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Lebih 8,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertugas bagi memastikan keselamatan sepanjang temasya Sukan Sea 2017.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata selain menjaga keselamatan dan trafik,  anggota polis juga diminta sentiasa berinteraksi dengan atlet dan  pegawai sukan serta pelancong luar.

“Pegawai-pegawai kita akan dilatih untuk memberi khidmat kepada mereka dengan sebaik mungkin dan kita juga mahu pegawai- pegawai polis memberi tunjuk arah untuk membantu mereka.

“Kami juga akan memastikan tiada sebarang anasir-anasir yang tidak diingini menjejaskan perjalanan Sukan SEA nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Akuatik Bukit Jalil di sini, hari ini.

Sukan SEA dijadual bermula 14 hingga 30 Ogos ini dengan acara perasmian temasya dwitahunan itu pada 19 Ogos.


Zulkifli berkata PDRM juga akan mengadakan beberapa lagi sesi latihan dalam memantapkan lagi  kesiapsiagaan PDRM termasuk melibatkan  agensi-agensi keselamatan lain.

“Kita mahu sekiranya berlaku sesuatu perkara, agensi-agensi keselamatan yang terlibat dengan PDRM dapat bekerjasama dengan baik dan pantas dalam menangani sebarang insiden,” katanya. – BERNAMA

Kategori