Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih Ramai Kaum Cina...

IPOH - Ditubuhkan pada 1 Jun 1958, pasukan Askar Wataniah telah berkembang dan...

Penemuan Bom Asap: Siasatan...

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung penemuan dua butir bom asap di tempat pembuangan...

Laut Bergelora SAR 3...

SANTUBONG - Keadaan laut bergelora serta angin kencang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat...

PRK K.Kangsar: 32,949 Pemilih...

KUALA KANGSAR - Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen...

Lelaki ‘Cabul’ Gadis Shell Mohon Maaf

SUSULAN tular isu poster gadis Shell ‘dicabul’ sesetengah lelaki seperti yang dikongsikan di media sosial, hari ini seorang lelaki yang mengaku salah seorang daripada pelaku tersebut, tampil membuat permohonan maaf di atas tingkah lakunya itu.

Menerusi paparan akaun Instagram ‘_nasrulazmi’, dia menulis permohonan maaf tersebut.

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun… saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Lelaki 'Cabul' Gadis Shell Mohon Maaf


Sebelum ini, sebuah portal tempatan pernah menyiarkan kisah model poster Shell, Nor Shafila Khairusalleh yang kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Walaupun perbuatan tidak senonoh itu dilakukan terhadap poster dirinya, namun rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir lelaki yang ‘mencabul’ poster wanita tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori