SEORANG lelaki yang menghidap penyakit misteri hingga mengakibatkan buah zakarnya membesar sehingga 10 kali ganda saiz normal, akhirnya berjaya menjalani pembedahan selepas rayuannya menerusi Facebook mendapat perhatian.
Disebabkan penyakit itu, Forence Owiti Opiyo, 21, dari Kibigori, Kenya, sukar berjalan dan memakai seluar hinggakan memaksa dia hidup dengan meminggirkan diri.
Selepas rayuannya itu dimuatnaik dalam Facebook, ia mencetuskan simpati ramai. Akhirnya pembedahan dijalankan bagi membentuk semula alat sulitnya itu.
Dua pembedahan dijalankan dengan yang pertama adalah bagi membuang lebihan alat sulitnya itu manakala pembedahan kedua untuk membentuknya agar ia menjadi bentuk normal.
Dengan pembedahan itu, Forence kini berupaya hidup seperti lelaki lain dan boleh melakukan seks serta memiliki cahaya mata.
Menurut Forence, penyakit yang dialaminya itu menyebabkan alat sulitnya membesar dan dia mula menyedari keadaan berkenaan pada 2006. Pembedahan telah dijalankan pada 2007 tetapi masalah tersebut berulang semula.
Disebabkan berlaku keganasan di Kenya pada masa itu, Forence terpaksa tinggal di rumah sahaja dan hanya diberikan ubat namun alat sulitnya semakin membesar hingga dia sukar berjalan.
Forence, yang kematian ibu bapa ketika dia berusia lima tahun.
Hanya selepas jirannya, Duncan Otieno merakamkan gambar mengejutkan itu lalu memuatnaik dalam Facebook barulah keadaan Forence diketahui ramai.
“Tiga hari selepas itu kami mendapat panggilan daripada NGO dan ambulans datang mengambil saya,’’ katanya.
Forence kini dijaga oleh abangnya, Eliza di rumah. Mereka berkebun bagi menyara hidup. – MYNEWSHUB.CC