Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Malaysia Akan Ke...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi menyoal...

Macau Scam: 52 Warga...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 52 warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket...

Singapura Gembira Malaysia Setuju...

SINGAPURA - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memaklumkan kepada Singapura...

Banyak Tangki Simpanan Air...

SHAH ALAM - Tangki simpanan air yang kosong di sesetengah kawasan perumahan sekitar...

Lelaki Lain Tak Berani, Tapi Wanita Ini…

ULAR sawa di tengah jalan yang menyebabkan trafik berhenti hanya diperhatikan beberapa lelaki, namun seorang wanita dengan berani mengambil tindakan mengalihkannya di Brazil, Sabtu lalu.

Ular sawa sepanjang 2.1 meter itu pada asalnya mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya apabila reptilia tersebut menyelinap ke pertengahan jalan di Teresopolis berhampiran Rio de Janeiro.

Trak dan kereta dari kedua-dua arah berhenti dengan pemandu berdiri di tepi jalan dan tidak berani mengambil tindakan terhadap ular itu.

Namun seorang wanita dengan tenang berjalan ke arah ular itu, memegang kepalanya dan membawanya ke tepi jalan.

Dia sempat bergaya dahulu dengan ular yang berbelit di tangannya supaya lelaki lain dapat merakam gambar.

Ular itu kemudian dilepaskan di kawasan semak di tepi jalan raya itu.

Saksi, Paulo Vincent yang merakam video tersebut berkata, dia tidak menjangka wanita itu akan mengangkat ular tersebut kerana takut ular itu akan menyerang.


“Saya kagum dengan wanita berani itu manakala lelaki lain hanya menunggu supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cara lain.

“Saya rasa lelaki lain sedang mempertimbangkan untuk mengguna kayu atau memanggil pakar,” katanya. – Daily Mail/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori