Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Turun Sebab Kuasa...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan penurunan harga...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kabinet...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah...

Pesakit Kronik Digalak Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui...

Shah Alam Antlers Antara...

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super Lembah Klang, Kelab Bola Sepak Shah Alam...

Lisa Surihani Tayang Muka Baby Boy Yusof Leonne

SEMUA sudah sedia maklum mengenai hal privasi yang cuba diterapkan pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim apabila berkait mengenai anak-anak mereka.

Lisa dan Yusry mengambil pendekatan enggan terlalu mendedahkan aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka di laman sosial, malah kedua-duanya pun tidak menubuhkan sebarang akaun media sosial untuk putera-puteri mereka.

Namun begitu, Lisa dan Yusry tidak selamanya ‘menyorokkan’ anak-anak mereka daripada umum.

Malah sebelum ini pun mereka pernah mengeluarkan kenyataan akan berkongsi gambar anak-anak ketika perayaan Aidilfitri dan juga sambutan ulang tahun kelahiran mereka.

Lisa Surihani Tayang Muka Baby Boy Yusof

Dan menepati janji, pelakon cantik ini berkongsikan gambar terbaharu heronya, Yusof Leonne di laman Instagramnya, baru-baru ini.


Wah, dah besar nampaknya Yusof! Dah besar mesti kacak dan hensem macam bapanya nanti.

Yusof yang dilahirkan pada 23 April lalu merupakan cahaya mata kedua pasangan ini.

Lisa dan Yusry turut mempunyai anak perempuan, Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori