Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jururawat HUSM Meninggal Dunia...

KOTA BHARU - Seorang jururawat wanita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang...

RM22.66 Juta Diterima Bagi...

PUTRAJAYA - Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat semalam,...

Facebook, Instagram, WhatsApp ‘Down’...

KUALA LUMPUR - Jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram sekali lagi...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

MAAC Sokong Kerajaan Kekal Syarat Bahasa Melayu

SEREMBAN – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) hari ini menyokong penuh keputusan kerajaan yang memutuskan tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.

Presiden MAAC, Prof. Datuk Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin berkata ini adalah penting bukan sahaja untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini bahkan untuk memastikan polisi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa konsisten dan tidak dikompromi.

“Untuk membina negara bangsa adalah melalui penjiwaan bahasa negara atau bahasa kebangsaan sesebuah negara. Sepatutnya doktor perubatan tidak perlu atau tidak wajar menganggur kerana bilangan mereka untuk merawat 31 juta rakyat Malaysia masih tidak mencukupi.

“Bagaimanapun, janganlah Bahasa Melayu yang menjadi mangsa. Kompetensi Bahasa Melayu sangat penting jika mahu berkhidmat dalam kerajaan. Ia sama di mana-mana negara di dunia kecuali kalau yang bekerja dengan swasta,” katanya kepada Bernama di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata Kabinet hari ini memutuskan tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.


Ahmad Zahid berkata Kabinet turut memutuskan untuk mengekalkan syarat-syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Dengan keputusan itu, Ahmad Zahid berkata Jemaah Menteri menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak pegawai perubatan gred UD41 yang diumumkan sebelum ini. – BERNAMA

Kategori