Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Tahun Terpisah, Gadis...

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Biasakan dengan istilah ini? Sesungguhnya...

Kuil Hindu Haram Depan...

TEGAS... Setelah kecoh ditularkan netizen, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini jelas...

Guru Kena Prihatin Perubahan...

KLANG - Guru-guru terutamanya kaunselor sekolah perlu memberi lebih perhatian terhadap sebarang perubahan...

“Saya Masih Seperti Dahulu,”...

LONDON - Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau masih...

Mahathir Tarik Sokongan Melayu Untuk DAP?

KUALA LUMPUR – DAP Johor gembira kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa berjaya menarik kira-kira 3,000 penduduk Kota Tinggi, Johor termasuk kaum Melayu menghadiri program NGO propembangkang pada 15 Julai lalu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, Mahathir telah diundang menyampaikan ucapan dalam program itu dan ia merupakan ucapan sulung beliau setelah diamanahkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu.

“Program mendapat sambutan hangat dengan kehadiran sekitar 3,000 rakyat pelbagai kaum. Satu jumlah yang cukup besar jika dilihat dari aspek Kota Tinggi sebagai salah satu ‘kubu terkuat UMNO’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong dalam pada itu melahirkan kepercayaan UMNO akan tumbang di Kota Tinggi dan Sembrong walaupun 86 peratus pengundi di Kota Tinggi Melayu dan 58 peratus Melayu di Sembrong.

Dakwa beliau, ia ekoran perkembangan politik Johor yang berlaku pada hujung minggu ini.


Mahathir selepas keluar daripada UMNO bertindak menyertai pembangkang bagi melunaskan dendamnya ke atas parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Beliau kemudian diangkat oleh pakatan pembangkang yang diketuai DAP sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bagi menarik sokongan Melayu untuk DAP dan parti-parti sekutunya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori