Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertempuran Terbesar Di Yaman

ADEN - Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan terhadap kedudukan pemberontak...

Budak Lelaki Mati Mengejut...

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun mati selepas rebah semasa berkunjung ke sebuah taman...

“Neelofa Pinggir Prinsip Rukun...

PERTUBUHAN Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) menggesa orang ramai agar mengambil iktibar daripada...

Air Arabia Maroc Rasmi...

AGADIR (Maghribi) - Syarikat penerbangan tambang murah Maghribi, Air Arabia Maroc merasmikan pangkalan...

Kes ISA Teresa: Mahkamah Kekal Ganti Rugi

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan ganti rugi RM350,000 yang diberikan kepada anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan ganti rugi itu kepada Kok.

Dengan keputusan itu, kerajaan perlu membayar amaun itu kepada Kok.

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memutuskan permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu itu tidak mempunyai merit.

Beliau turut memerintahkan kerajaan membayar RM10, 000 sebagai kos kepada Kok. Dua lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Kerajaan memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Julai tahun lepas yang memberikan RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM150,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan kepada Kok.

Pada awal prosiding di mahkamah hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili kerajaan berhujah bahawa Mahkamah Rayuan tidak menyatakan alasannya secara spesifik dalam memberikan ganti rugi teruk dan teladan kepada Kok.

Beliau turut memberikan contoh dua keputusan oleh Mahkamah Persekutuan yang bercanggah iaitu sama ada ujian objektif dan subjektif digunakan untuk menentukan penangkapan dan penahanan seseorang itu.

“Kami berdoa yang permohonan kami dibenarkan untuk membolehkan kes ini dihujahkan dalam rayuan,” katanya.

Peguam S.N.Nair yang mewakili Kok menjawab Mahkamah Rayuan telah memberikan alasan-alasannya dalam memberikan ganti rugi teruk dan teladan berikutan rasa terancam dialami anak guamnya.

Beliau berkata mahkamah perlu mengguna pakai ujian objektif yang telah ditentukan dalam kes Herald pada 2014.


Mahkamah Rayuan memberikan amaun itu kepada Kok selepas membenarkan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah ISA.

Mahkamah memutuskan kesemua empat responden telah gagal memberikan bukti berwibawa dan mencukupi kepada mahkamah bahawa pegawai yang melakukan tangkapan mempunyai alasan munasabah dan kukuh untuk menangkap Kok.

Dalam penghakiman setebal 36 muka surat, ia menyatakan peruntukan undang-undang tidak patut digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengancam dan menakutkan mana-mana orang, tetapi hanya untuk tujuan dibenarkan undang-undang bagi memenuhi objektif tertentu.

Mahkamah turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman Kok yang difailkan pada 13 Mac, 2009, mendakwa beliau telah ditangkap dan ditahan secara salah di bawah ISA.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kok berkata beliau ditahan oleh defendan di pintuk masuk ke kediamannya di Pearl Tower, OG Heights pada 11.15 malam, 12 Sept, 2008, dan ditahan selama dua jam tanpa dibenarkan untuk menghubungi anggota keluarga terdekat atau peguamnya.

Kok berkata pada 2 pagi, 13 Sept, 2008, di balai polis Wangsa Maju beliau dimaklumkan oleh tiga defendan bahawa beliau ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA atas alasan beliau mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum.

Beliau mendakwa penahanannya dilakukan tanpa asas.

Kok mendakwa atas sikap cuai, sewenang-wenangnya dan semberono para defendan telah menyebabkannya ditangkap dan ditahan secara salah, dirinya mengalami stres selain kesakitan dan penderitaan akibat keracunan makanan dan dinafikan haknya di sisi perlembagaan. – BERNAMA

Kategori