Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hentikan Sebar Maklumat Tidak...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta...

Adik Maut Di Tangan...

MIRI - Seorang pemuda maut di tangan abangnya hanya kerana mendesak meminta sebatang...

Berbilion-Bilion Wang Saudi Diterima...

KEMBALI pada tahun 2015, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya bahawa...

Pantau Kesihatan Murid Di...

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan meminta guru sekolah memantau keadaan kesihatan murid sebagai...

Main Masak-Masak Hampir Musnah Rumah Panjang

BINTANGOR – Tindakan dua kanak-kanak yang bermain api di dalam sebuah bilik tidur hampir memusnahkan sebuah rumah panjang dua tingkat di Nanga Serau, Julau, kira-kira 40km dari sini hari ini.

Ketika kejadian pada tengah hari tadi di Rumah Ugap sepanjang 32 pintu itu, kanak-kanak terbabit dipercayai sedang bermain masak-masak di bilik tidur tingkat atas rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata penghuni rumah panjang itu bernasib baik apabila menyedari kejadian itu dan berjaya memadamkan api dengan menggunakan lima alat pemadam api dan pam air sebelum anggota bomba tiba.

“Kejadian itu mengakibatkan bilik tidur rumah panjang itu mengalami kebakaran 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.01 tengah hari dan sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian, tiba 30 minit kemudian.


Pasukan bomba menghadapi kesukaran melalui jalan sempit sepanjang 10km dari simpang jalan utama ke rumah panjang itu yang hanya untuk kenderaan ringan sahaja, katanya. – BERNAMA

Kategori