Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pasangan Suami Isteri Tak...

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan...

Mayat ‘Diusir’ Dari Kubur...

BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya...

Gangguan Bekalan Air Di...

BEBERAPA kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula...

Sarjan, Jurubahasa Myanmar Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan seorang jurubahasa warga Myanmar...

Padah Makan 54 Batang Aiskrim, Ginjal Terjejas

CUACA masa kini kadang-kala tidak menentu. Ada masa panas, ada masa sejuk, ada masa pula hujan ribut.

Justeru, tindakan seorang lelaki bernama Zheng, 44, menikmati aiskrim bagi menghilangkan rasa panas yang melanda China sejak beberapa minggu lalu mungkin niatnya untuk menyejukkan badan.

Malang sekali, lelaki yang berasal dari Quzhou wilayah Zheijang, China ini telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dia mengadu sakit perut ketika sedang tidur dan didapati keadaannya kelihatan semakin teruk.

Pada mulanya dia hanya memakan sebatang aiskrim sahaja, namun lama-kelamaan dia berasa seperti ketagih dan terus makan tanpa menyedari yang dia sudah makan aiskrim sebanyak 54 batang!

Mungkin silapnya apabila lelaki ini makan aiskrim secara berterusan dan akhirnya dia telah minum segelas air berais.


Akhirnya doktor mengesahkan bahawa Zheng telah mengalami gastroenteritis iaitu masalah yang berkaitan dengan buah pinggang.

South China Morning Post melaporkan bahawa pihak hospital masih belum dapat kenal pasti bagaimana aiskrim itu dapat memberi kesan yang sangat teruk kepada buah pinggang Zheng.

Atau ia mungkin disebabkan air berais yang diminumnya? Atau sistem badannya terkejut kerana terlampau sejuk? Mana taknya, kalau dah makan 54 batang aiskrim sekali gus… Jadi aisberg lah nanti dalam badan tu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori