BANGKOK – Apabila beliau berada di sebuah sekolah perubatan, Narong Khuntikeo telah menemui penyebab kanser hati yang telah meragut nyawa ibu bapanya: makanan tengah hari mereka sendiri.
Seperti jutaan warga Thailand di wilayah timur laut, keluarga beliau kerap memakan ‘koi pla’ – hidangan tempatan yang diperbuat daripada bahan ikan serta masih mentah, kemudian dicampur dengan rempah dan limau nipis.
Hidangan masam pedas ini adalah suatu hidangan yang cepat, murah dan enak. Ikan juga merupakan tempat kegemaran bagi parasit yang menyebabkan kanser hati sehingga meragut 20,000 warga Thailand setiap tahun.
Berada di pedalaman timur laut negara itu, ia merupakan sebuah kawasan luas dan miskin yang turut dikenali sebagai Isaan, menyebabkan ramai penduduknya suka menikmati hidangan ‘koi pla’ selama bergenerasi.
Kini kawasan tersebut melakar sejarah apabila sudah mencatatkan rekod laporan paling tinggi bagi kes penyakit Cholangiocarcinoma (CCA) – kanser saluran empedu – bukan sahaja di negara itu malah di peringkat dunia.
Salah satu punca utama CCA adalah dari sejenis ulat parasit – atau parasit fluk – berasal dari rantau Mekong dan juga dapat ditemui di kebanyakkan ikan air tawar. Sebaik sahaja dimakan, cacing ini boleh membenamkan dirinya.
Ia malah hampir tidak boleh dikesan di dalam saluran hempedu selama bertahun-tahun yang boleh menyebabkan keradangan dari masa ke semasa dan mencetuskan kanser agresif, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Ia adalah satu beban kesihatan yang sangat besar di sini… ia memberi kesan kepada pembangunan keluarga, pendidikan dan sosioekonomi,” kata Narong, seorang pakar bedah hati yang cuba memerangi penyakit bahaya itu.
Tetapi malangnya ujar beliau dalam nada kesal, tiada siapa yang tahu mengenai CCA kerana ia boleh mematikan seseorang pesakit tersebut secara serangan senyap-senyap, seumpama helaian daun yang jatuh dari pokok.
Setelah melihat beratus-ratus kes (yang berada di peringkat akhir) di meja pembedahan, Narong kini membuat pengawasan kepada saintis, doktor dan antropologi dalam memerangi ‘pembunuh senyap’ ini daripada pokoknya.
Mereka kini berada di seluruh wilayah Isaan untuk membuat imbasan terhadap penduduk kampung sama ada mereka memiliki fluk hati dan memberitahu tentang bahaya hidangan koi pla dan hidangan ikan lain yang berisiko.
Bagaimanapun perubahan makanan asasi di sesebuah kawasan luar bandar yang penduduknya sangat tegar menyukai hidangan ikan dimasak secara masam pedas itu bukanlah satu tugasan yang mudah.
Ramai penduduk kampung terkejut sebaik mendengar berita pelik tersebut di mana hidangan yang mereka gemari itu, yang diminati oleh beberapa generasi, adalah suatu hidangan yang berbahaya berbanding menyelerakan.
Ikan-ikan yang didapati itu juga boleh didapati secara mudah di kawasan perbatasan sawah padi mereka sendiri dan ramai keluarga petani terpaksa menikmati hidangan tersebut untuk berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
“Saya pernah datang ke sini dan hanya menangkap ikan di dalam kolam tersebut… ia sangat mudah untuk dimakan secara mentah,” kata Boonliang Konghakot, seorang petani dari wilayah Khon Kaen, sambil menjilat bibirnya.
Secara kebetulan ketika itu dia leka menaburkan perisa ke dalam satu mangkuk yang penuh berisi dengan ikan dicincang begitu halus. Sejak mempelajari kaitan kanser itu, dia kini mula menggunakan kaedah menggoreng ikan.
Ia dikatakan dapat membunuh parasit tersebut – satu kaedah kulinari yang disyorkan sendiri oleh doktor. Namun, tidak semua orang mampu menerima cara baharu itu dengan mudah, menurut Narong dan pasukannya.
Ramai penduduk kampung mengadu bahawa jika digoreng, ia akan memberikan satu rasa kurang enak. Manakala ada sebahagian tidak menghiraukan bahaya hidangan itu dan menyatakan takdir ajal mereka sudah ditentukan.
“Mereka akan berkata: ‘Ya, ada banyak cara untuk mati. Namun saya tidak dapat terima jawapan ini’,” kata Narong. Apabila beralih cara tabiat pemakanan, para pegawai cuba menyuntik harapan kepada generasi yang seterusnya.
Ia dengan menumpukan kepada golongan kanak-kanak menerusi cara sistem kurikulum sekolah yang baharu dengan menggunakan karakter kartun untuk mendidik mereka tentang bahaya jika makan hidangan ikan mentah.
Bagi orang dewasa pula, sasaran adalah untuk basmi jangkitan sebelum terlambat. Pasukan Narong mengadakan ujian air kencing untuk keesan kehadiran parasit itu yang jangkiti hingga 80 peratus daripada masyarakat Isaan.
Mereka juga telah menghabiskan masa lebih empat tahun untuk mengangkut mesin ultrabunyi di seluruh rantau pedalaman Thailand ini untuk memeriksa para penduduk kampung yang tinggal jauh daripada hospital awam.
Inisiatif ini, yang dipanggil CASCAP (Program Pengimbasan dan Penjagaan Cholangiocarcinoma), bermula sebagai satu penyelidikan di Universiti Khon Kaen, namun mendapat sokongan kerajaan pada tahun lepas.
Ia malahan diletakkan sebagai satu agenda kebangsaan di negara Asia tenggara itu. Hasilnya lebih 500 penduduk kampung dilaporkan sanggup berbaris untuk membuat pemeriksaan secara sukarela di wilayah Kalasin
“Saya tidak pernah membuat pemeriksaan sebelum ini, jadi saya berfikir yang saya boleh memiliki penyakit ini kerana saya telah makan (koi pla) sejak dari kecil lagi,” kata Thanin Wongseeda, dan berusia 48 tahun.
Kumpulan ini cuba menandakan beberapa faktor yang berisiko tinggi: berusia di atas 40 tahun, mempunyai sejarah dalam memakan hidangan ikan mentah dan juga mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kanser.
Satu pertiga daripada mereka menunjukkan simptom hati tidak normal dan disyaki ada kanser. Thanin adalah salah seorang yang bernasib baik, dan keluar dari pemeriksaan imbasan ultra bunyi dengan keadaan yang lega.
“Saya berfikir bahawa saya tidak boleh memakan (koi pla) mentah lagi,” katanya kepada media. Bagaimana pula dengan jiran terdekat? “Mereka tidak akan berhenti dengan mudah.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA