Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Raja Muda’ Amal Ritual...

KEMAMAN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mendapat gelaran 'Raja Muda' dari kerajaan...

Sektor Pendidikan Sarawak Akan...

KUCHING - Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak bertambah baik dari...

Tak Perlu Ambil Tindakan...

PUTRAJAYA - Tidak perlu sebarang tindakan diambil kerajaan terhadap Harimau Pembebasa Tamil Elam...

Manifesto PH: P.Pinang Bakal...

JIKA berdasarkan kepada manifesto pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Pulau...

Manipulasi Pulau Sebatik, Seludup Sukar Ditangani

TAWAU – Penglibatan warga tempatan yang memanipulasi kedudukan Pulau Sebatik dekat sini dipercayai antara punca penyeludupan keluar barang kawalan termasuk tong gas memasak dari daerah ini ke Indonesia sukar ditangani sepenuhnya.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tawau (DM18), Kapten Maritim Romli Mustafa berkata pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan modus operandi membeli barang dalam kuantiti sedikit tetapi berulang kali sebelum menjual kepada negara jiran dengan harga tinggi.

“Caranya seperti ‘tentera semut’ iaitu membawa sedikit demi sedikit tetapi berulang kali sekali gus memanipulasi Pulau Sebatik kerana apabila kita (anggota penguat kuasa) tanya dia akan kata barang itu untuk kegunaan sendiri di kampung (Pulau Sebatik).

“Misalnya membeli satu tong gas memasak sehingga tiga kali sehari walhal tong LPG (gas petroleum cecair) itu mampu digunakan sehingga sebulan lamanya walaupun untuk memasak setiap hari,” katanya ketika ditemui.

Kedudukan Pulau Sebatik unik berikutan terbahagi kepada dua wilayah iaitu utaranya milik Malaysia manakala bahagian selatan milik Indonesia.

Romli berkata penduduk di Sebatik sebenarnya tidak boleh membeli barang kawalan secara terus di bandar Tawau walaupun hanya satu tong gas memasak, bagaimanapun atas budi bicara perkara itu dibenarkan jika pembelian untuk kegunaan sendiri, tetapi kebaikan itu disalah guna.

“Kuasa budi bicara diguna pakai sepatutnya penduduk Sebatik membeli barang kawalan daripada pemborong yang berada berdekatan kampung masing-masing di pulau itu,” katanya lagi.

Romli berkata kebanyakan kes menyeludup keluar barang kawalan bukan melalui jalan tikus atau jalan yang tidak diwartakan kerana pembelian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh bukan warganegara.


“Bila kita tangkap dan soal siasat hasilnya mendedahkan barangan ini dibawa dari jeti Logpond Tanjung Batu, Jeti CIQ Lama dan jeti berdaftar yang lain dan kebanyakan urus niaga dijalankan di laut,” katanya.

Sementara itu, Romli berkata masalah penyeludupan ketika ini lebih terkawal selepas kerajaan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya.

“Kini, jika ada sindiket menyeludup mereka berhadapan banyak ‘mata’ yang melihat, ada anggota penguat kuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di darat.

“Jika sindiket ini terlepas di darat kita ada anggota maritim dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan satu operasi sama,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya setakat Mei tahun ini APMM Tawau dan Semporna telah melakukan 1,357 pemeriksaan dan 26 tangkapan kes melibat pelbagai jenis bot termasuk bot nelayan tempatan, kapal dagang, bot penumpang, bot laju, bot jongkong, bot kumpit, bot tunda, bot rekreasi dan bot lampu. – BERNAMA

Kategori